Selamat Berpuasa Kepada Semua Yang Berpuasa.
Sempena 1 Ramadhan, aku pulang ke rumah mertua di Melaka malam tadi. Jalan sedikit sesak, lebih-lebih lagi di sekitar exit Labu kerana ada kemalangan 'bontot - ke - bontot'. Tak mengapalah, janji aku selamat sampai tengah-tengah malam tadi.
Juadah berbuka kami pada 1 Ramadhan? Selain akan dibeli di bazaar Ramadhan di Jasin petang nanti, sayur istimewa yang akan dihidangkan ialah Gulai Lemak Pucuk Betik.
Habis satu pokok betik kena gondol, mak mertua potong terus pucuknya. Bila dikumpul-kumpul, dapatlah satu periuk. Seterusnya, pucuk betik itu pun direbus.
Bagi menghilangkan pahitnya, pucuk betik dan batang mudanya direbus dengan daun Senduduk. Namun, juadah kami pada hari ini lebih istimewa. Pucuk betik dan batang betik muda itu direbus dengan Daun Senduduk Putih yang sangat terkenal dengan dunia mistik itu. Ya, 2 berkas Daun Senduduk Putih telah digunakan untuk menghilangkan rasa pahit disamping untuk melembutkan batang betik.
.
4 comments:
Dah siapkan kuah utk Mee Udang ( udang didatangkan dari kerpan - my hubby pergi jengok jengok hari Khamis ), pastu dah siap masak kari ayam untuk lauk sahur..kut siapa yang lapar boleh makan lepas tarawikh sat lagi, pastu untuk nak menelan kuih...dah siap buat serimuka pandan setalam..
Ash,
aku ni baru nak g bazaar... nak beli je sikit2... jom g bazaar jasin...
salam berbuka, bang.?!
sepa,
selamat berbuka untukmu jua...
Post a Comment