Monday, July 2, 2012

Gagah mengharung jarum seksaan demi...

.

Ada masa-masanya seksaan dapat melahirkan satu kepuasan batin.

Aku tak bermaksud mereka yang punyai masalah jiwa kronik yang suka melukai tubuh sendiri, itu mungkin sudah tentu. Aku maksudkan ialah sesetengah kita ini kadangkala pada kala jiwa kita benar-benar tersentuh akibat sesuatu peristiwa, kadangkala air mata sahaja tidak cukup untuk meredakan perasaann itu. Ada kalanya sedikit kesakitan dapat memberikan satu kepuasan seolah-olah hukuman kepada jiwanya. Tidak jelas sama ada hukuman itu sebagai denda dan penyesalan atau sekadar untuk menambahkan lagi impak perasaan ketika itu agar lebih terkesan pada perasaan.


Ada kalanya, pada mulanya kesan kesakitan itu memeritkan tetapi apabila dilakukan kali kedua atau ke tiga atau berkali-kali selepas itu, rasa sakit itu boleh menjadi satu nikmat. Orang boleh kata ianya kesan dari endorfin. Mungkin juga.


Salah satunya, yang aku alami sendiri, ialah mengambil beberapa batang jarum peniti demi menolong sahabat yang ingin melekat sesuatu pada dinding di billik seminar.  






Cuma, jarum-jarum peniti tersebut telah bercampur-baur dengan pin-pin dan jarum-jarum yang lain, selain daripada klip kertas.






Entah kenapa aku teruskan juga mencari-cari jarum peniti di dalam tin itu sedangkan aku ada pilihan untuk melonggokkan kesemuanya di atas meja dan aku sisihkan satu persatu. Pada mulanya, jari-jari aku tercucuk-cucuk dan sekali dua daging di bawah kuku jari aku tercucuk, rasa sakit hampir-hampir membuatkan aku jeran tetapi selepas itu aku rasakan seperti satu nikmat yang sukar untuk digambarkan. Seperti menyeluk lubang ular senduk... perasaan gementar dan teruja berbaur...


Adakah aku jenis orang yang suka menghukum diri? Silalah buat psykoanalisis terhadap aku. Silakan.









.

6 comments:

sepa said...

psykoanalisis dpd aku : ko sorang yg manja...


:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
terima kasih... anak bongsu biasanya manja... hahaha

tasekM said...

... dan juga mengada!

:p








(sambung ayat sepa)


.

Nizam.Ariff said...

TM,
kurang tepat tu.... aku suka mengadu tapi tak mengada..

Temuk said...

Masih ada "demand" untuk pencabut rumpunan janggut & misai, sedangkan penggunaannya memedihkan, dan walhal, "razor blade" melambak di pasaran.

Pengguna pencabut amat menikmati kepedihan cabutan rumpunan janggut & misainya, dan merindui tarian jari jemarinya yang menyepit-mencabut rumpunan itu.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
Hah..>!!! tepat sekali contoh itu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com