Monday, September 17, 2012

Kuku Kambing

.

Kenapa dianya digelarkan Kuku Kambing?
Jawapan yang sering aku terima daripada orang-orang sawah pada masa aku kecil-kecil dulu ialah kerana bentuk cabang dua yang seperti kuku kambing. Ye ke? Aku tak pernah tengok kuku kambing, yakni kuku si kambing boer.




Diantara Kuku Kambing yang sempat aku rakamkan sebelum mereput...



Kuku Kambing adalah perkakasan yang diperlukan oleh pesawah pada satu waktu dulu. Tidak 'sah' seorang pesawah jika tidak mempunyai Kuku Kambing. Malah, Kuku Kambing itu juga mempunyai rekabentuk tertentu... sama ada 'sedap' atau tidak ketika digunakan. Pada zaman dahulu, pemegang Kuku Kambing diperbuat daripada kayu yang sama seperti batang cangkul. Namun sejak awal 80an, Kuku Kambing berpemegang plastik telah diperkenalkan. Tiada Kuku Kambing masa dahulu sama seperti tiada telefon bimbit pintar zaman kini.


Gandingan kepada Kuku Kambing (yang digunakan untuk menanam padi) ialah Pisau Arit (yang digunakan untuk mengerat rumpun padi semasa aktiviti menuai). Kalau tiada salah satu daripadanya adalah seperti telefon bimbit pintar tanpa akaun Facebook. Seperti 'tak ngam'.


Kuku Kambing sekarang ini tidaklah sepopular berbelas atau berpuluh tahun lampau. Bukannya tidak ada tetapi penggunaannya amat sedikit. Ramai pesawah yang menggunakan proses menanam padi secara tabur-benih, yakni biji padi tadi akan ditaburkan terus di dalam sawah yang berselut. Sama ada tabur-kering atau tabur-basah. Tabur-kering bermakna air sawah dikeringkan dahulu barulah biji padi ditaburkan. Tabur-basah bermakna air sawah digenangkan dan biji padi ditaburkan. Kedua-duanya mempunyai pros dan kontra.


Kerana itulah, Kuku Kambing tidak lagi digunakan. Kalau digunakan pun, ianya hanyalah untuk aktiviti 'menyulam' iaitu mengubahkan anak padi yang tumbuh rapat-rapat ke kawasan yang 'botak' atau tidak banyak anak padi yang tumbuh. 







Kuku Kambing sebenarnya berbahaya, sama seperti pisau. Jika tersalah guna, kemalangan akan berlaku sama seperti pisau yang terpotong jari makanya terluka. Pesawah biasanya tidak berkasut ketika di dalam sawah. Oleh kerana menanam padi menggunakan Kuku Kambing dilakukan dengan sawah dipenuhi air, air sawah yang berselut itu akan keruh. Makanya, tak nampaklah jari-jari kaki.


Jika tersilap cucuk, Kuku Kambing akan mencucuk anak padi ke kaki. Kemalangan seperti ini pernah berlaku walau pun amat jarang didengar. Biasanya, kemalangan yang banyak terjadi ketika musim menanam menggunakan Kuku Kambing ialah sakit pinggang. Menanam menggunakan Kuku Kambing memerlukan pesawah itu membongkokkan badannya seperti 'rukuk' ketika bersolat. Bayangkanlah, seorang pesawah terpaksa tunduk menanam padi yang luassnya berekar-ekar itu setiap hari sehinggalah siap. Itulah sebabnya dikala musim padi hampir setiap orang akan berbau minyak angin atau minyak panas. Manakala setiap rumah pesawah memang sentiasa ada minyak urut panas ini. Disebabkan itulah juga  'menjual minyak urut' di pekan sehari atau pasar tani (gelaran sekarang ini) ada banyak.


Disebab sengsaranya menanam padi itu, ada satu aktiviti khusus diwujudkan yang dipanggil 'berderau' atau pun gotong royong menanam padi. Beberapa orang akan berpakat untuk bersama-sama menanam padi menggunakan Kuku Kambing. Minggu ini, 'berderau' di sawah Kak Ani, minggu depan 'berderau' di sawah Kak Limah dan minggu depannya pula di sawah Kak Siti. Biasanya, tuan sawah akan turut menyediakan juadah alas perut seperti ubi rebus dengan ikan masin tamban atau nasi lemak telur dadar... dan air kopi.


Biasanya, aktiviti 'berderau' ini dibilang mengikut hari. Ini kerana luas sawah masing-masing bukannya sama. Jika kak Ani dan Kak Limah 'berderau' selama 3 hari di sawah Kak Siti, maka nanti Kak Siti akan 'berderau' di sawah Kak Ani dan Kak Limah sebanyak 3 hari masing-masing. Jika 3 hari di sawah Kak Limah tidak cukup untuk siapkan menanam padi kerana sawahnya lebih luas, Kak Limah masih boleh meminta Kak Siti untuk menanam padi tetapi akan dibayar lebih kurang RM8 sepagi, kalau tak silap, pada ketika itu.


Itulah serba sedikit tentang riwayat Kuku Kambing dan kisah menanam padi...hargailah setiap butir nasi yang terjatuh dari pinggan anda. Setiap butir nasi itu memang dianggap sebagai setitis peluh pesawah. Ia juga mungkin mengandungi berkat, sepertimana Nabi kata. Kutiplah dan makanlah. Jangan dibazirkan. Menanam padi ini penuh dengan kesabaran dan memerlukan kudrat yang banyak.







.

17 comments:

Lady Windsor said...

Arwah nenek dan mak aku selalu usha kitorang dgn kata2 jangan tumpahkan nasi nanti ia menangis sebab tak makan. Sampai la ni aku ingat dan memang akan ingat sampai bila2 sbb rasa sayang pd sebutir nasi tu...titik peluh kudrat manusia dan paling utama sen yang dikeluarkan nak beli beras tu kan...

Nizam.Ariff said...

LW,
baguslah kalau begitu...
aku seakan-akan mahu menangis jika ada pinggan yang berbaki nasi...
mereka tak tau jerih perih pesawah...

sepa said...

kat kebun sawit, ada jugak istilah 'menyulam' iaitu, apabila ada pokok yg tak-atau-terlupa di'culling', maka tumbuhla pokok yg takmo berbuah, depa tumbangkan, dan sulam. sebaliknya, jika terlalu rapat, depa panggil 'thinning', atau depa tumbangkan.

*eh. aku anak nelayan!. apakala aku melihat orang makan ikan, dan masih terdapat banyak lagi isi-isi ikan yang masih melekat di tulang, tak habis dimakan, aku jugak akan terasa kecewa pada mereka, kerana mereka tidak menghargai kesabaran dan penatlelah seorang nelayan yang meneroka laut luas, mengharapkan ikan2 mau singgah menyerahdiri sengaja-atau-tidak dipukat, juga ikan2 yang berkorban menelan umpan kail...

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
nak tanya, ikan sardin tu dia orang tinkan dan rebus hidup-hidup ka?
kalau betul, manyak kisian woo.....

Lady Windsor said...

Sepa,
aku pun rasa sedih kalau tengok ada orang makan ikan sesuka hati jer tinggal dalam pinggan walaupun isi masih banyak. kalau arwah bapak aku dulu, dia ajar kami cara makan ikan dan akan cubit tangan kami kalau makan ikan tak betul...sebab dia orang laut dan sangat menghargai sumber protin tu..even cara dia makan ikan pun ada rules..dia tak akan terbalikkkan ikan tu sesuka hati, caya dek?

Nizam.Ariff said...

LW,
wuih.. macam menghormati ikan tu...

Lady Windsor said...

A ahh..sebenarnya menghargai ikan pun ya. Arwah bapak aku x akan sekali2 terbalikkan ikan utk cubit isi bawah tapi dia akan buang tulang then baru ambil isi bawah tu sebab katanya kalau kat laut, terbalikkan ikan tu, kejap lagi datang lah ribut segala raja ribut akan datang..

sepa said...

LW, pak aku menjadi nelayan lepas dia retire... tetapi, di spare time masa dia masih berkarier, obsession dia dengan fish dan fishing sangat tinggi. Apabila dia retire dari karier, dia beli bot. Unik botnya, tatkala orang berbot dijana oleh engin bot, dia pula modify bot, dia buat mast dan ada layar. (macam dalam criter TheOldManAndTheSea la gitu). Tetapi, untuk sampai ke laut yang jauhnya 2km mudik ke muara, dia guna bot. Dia modify jugak engin bot, tatkala orang manouvre bot pegang handle di hujung belakang, dia pulak manouvre guna stereng di hujung depan (itu jam dah dikira canggih).
1. Di maiden voyage, setelah segalanya dipersiapkan, dia meredah laut, dipesan oleh para nelayan senior, laut akan bergelora, toksah keluar, dia dan dua abang dibawa, mereka meredah keluar, ke laut, ke area coastal jeh. Lebih kurang baru nak mencari pot melepaskan pukat yang 60gulung dan 60kaki setiap gulung (tak silap aku la. itu jam pukatnya jugak adalah yang paling panjang.), ributpun datang tanpa diundang, membawa bersama gelora laut, mereka masih bertahan sehinggalah datang satu ombak gulung (lebih kurang ombak yang menggulungkan Poseidon gitu.) bot mereka bergulung di dalam ombak. Mereka selamat, arwah pak dan sorang abang berpaut di bot yang dah terlangkup, seorang abang lagi, meredah gelora laut berenang sejauh hampir 2km ke pesisir pantai. Arwah pak dan sorang abang diselamatkan oleh sebuah kapal nelayan yang lebih besar, yang dalam perjalanan pulang dari ekspedisi di laut yang lebih dalam (mereka juga meredah gelora). Keesokkannya, menjadi berita 'headline' di local paper. Maklumla, figure-man sentiasa dalam spotlight.

'mereka tidak serik. mereka masih jugak ke laut...' sehinggala....! (tutup criter di sini.)

aku ada criter yg berkaitan dalam blog aku, antaranya 'Kapten Jemat'... ko search la dalam blog aku tuh...!

...aku nak tulis lagi nih. tapi memandangkan dalam komen box dak Dino. tak jadila, panjang sangat. nanti la aku buh entri berkias, sedikit demi sedikit...


:)

*

Nizam.Ariff said...

LW,
aku ada juga dengar petua tu...betul2 jadi ek?



sepa,
ala.. cepat habiskan cerita...
terbantut tak elok...

Lady Windsor said...

Sepa,
ok bila aku free aku akan google dna search...wehhh ko dah boleh tulis satu kisah tu weiii..complete penerangannya. Aku tak sempat nak ambik ilmu dengan arwah bapak aku sebab katanya aku perempuan, walhal aku paling similar dengan dia, suka akan laut dan selama tujuh tahun aku bergelandangan dengan pemancing hard core...dan ada set joran untuk deep sea dan sungai walaupun aku geli (euuu yuckkk) yang amat pada cacing dan umpun-umpun...

ehh nanti la aku buat entry memancing pasa arwah bapak dan geng anglers yang aku join...

bak kata ko, ni blog dak dino nanti dia sembur aku sebab mengganas kat blog dia neh kan...

Lady Windsor said...

Nizam.Ariff,
a ahh arwah bapak aku memang gigih mengamalkan pantang larang di laut. dia tak pernah pakai kasut kalau jejak lantai bot...ada alasannya...

Nizam.Ariff said...

LW,
alaaa.. citer je la alasan tak berkasut tu.
sengaja suka sekat2 taw...

Lady Windsor said...

muahahahahah...sabar nak!

Nizam.Ariff said...

LW,
hah... mesti sebab tak nak bot tu bocor sebab kena tumit kasut, kan?

Lady Windsor said...

Eiii mana der! Tak de kena mengena dgn tumit tinggi tewww!

Nizam.Ariff said...

LW,
so, apa dia nyerrrrr....!

sepa said...

pasal bukak kasut masuk bot, aku tak pernah tanya. memang org tua2 tak benarkan org masuk bot berkasut, tapi aku tak pernah tanya kenapa. ditegah celupar satu hal.!

LW, aku tak pernah ke laut dengan arwah pak, tapi aku pernah ke laut. nantila, kalau aku dah siap compose storyline, aku tulis dalam blog. maklumla... aku sangat cerewet sikit tulis nih, nak kena ada yang tersirat la, drama la... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com