Tuesday, September 4, 2012

Satay dan Rendang Arnab Comel

.

Ini bukan arnab-arnab aku.
Aku takut kalau aku bela arnab banyak-banyak, aku dikatakan ada kena mengena dengan pengasas Playboy.
Paling aku takut, jikalau ada yang 'cop' aku sebagai seorang playboy...!

Comel sungguh arnab-arnab ini. Cuba bayangkan arnab-arnab ini disembelih dam dibuat rendang untuk dimakan bersama-sama ketupat.... perghh!!!









Itulah yang aku katakan kepada pemilik arnab-arnab ini.
"Paman nak sembelih.. nak buat satay macam Hj Samuri buat tu... sedaaaapppppp...!"

Kelam kabut budak-budak tu tangkap dan sorokkan arnab-arnabnya.







.

17 comments:

Lady Windsor said...

Demi kian, kalau aku tahu itu adalah arnab, aku tak akan makan sebab arnab kan adorable dan segala bagai yang gebu2 serta sedap dijamah dan dibelai..bayangkan kalau kita kunyah dagingnya itu...huhu tak sampai hati..tapi ada sekali tu aku makan satay yang sangat enak dan empuk di sebuah hotel sebab depa panggil aku makan soh try...chisss sorang pun tak cakap, lepas aku bantai dua cucuk, baru depa cakap itu adalah arnab berbulu putih..aku rasa nak tergolek doq kat situ juga!

tasekM said...

ko bukan playboy.
ko kasanova!


.

kucingorengemok said...

aku agak daging arnab/rusa/haiwan² yang tak selalu dimakan ni kalau masak apa pun daging dia rasa saaaama je, ie rasa rendang (kalau masak rendang la)... ye ke gitu?

Nizam.Ariff said...

LW,
mula2 aku skeptik gak dengan emosi aku.. tapi bila tengok orang putih makan arnab liar panggang, macam sedap jer...
so aku beranikan diri makan gak la... hahhaaa




TM,
shhh! bisik2 je la....



KOG,
betul tu.. sebabnya, kita tak ada reference untuk bandingkan rasa...

Linda said...

aku sangat suka komen TM!

btw, aku memang jatuh hukum haram makan daging arnab sebab sedih bila tgk arnab kena sembelih
(tak silap aku dulu ada orang pesan kat aku, kalau sedih dan tak sampai hati nak makan, hukumnya haremmm)

Anonymous said...

en Hubby & si bongsu KA suka daging arnab ni specially kari !

LydSunshine said...

Ko paman ke? Heheh. COmelnya arnab. Aku plak mmg takkan makan apa2 yg aku tak tau daging apa. Kalo nak pedajal suh rasa daging arnab secara senyap2 mmg tak dapat le. *cakap besar.

Nizam.Ariff said...

BK,
aku pun dgr macam tu...
tapi kalau aku siang ikan jelawat yang aku mancing, aku tak kesiannyer... tak sabar nak bakar ada la.. hahahaha
eh... dah lama aku tak mancing la...



KA,
Tak pernah lagi rasa kari arnab... biasanya digoreng atau disataykan je...

Nizam.Ariff said...

LyDS,
ko tak ada terfikir nak ngidam daging arnab ke?

ko cakap camtu, mana tau terbalik jadi idaman lak....keh keh keh...

Cikgu Ma said...

dulu mak ada gak bela arnab dan saya sorg2 x makan...geli..kalo mak x bela x pe...saya bleh makan

Nizam.Ariff said...

cikgu ma,
kalau aku pun tak boleh..
yang atas tu sebab arnab orang lain... hahaha

Temuk said...

As-salam
Ayam di kampung dulu pun jinak-jinak, makan di tapak tangan. Tapi bila "time" nak goreng dia, kenalah juga dianya tu disembelih. Bab "mengelar" leher ni memang menggerunkan.... lepaskan kepada "tukang"nya sajalah untuk melakukannya, apatah lagi bagi haiwan yang berkaki 4 dan yang besar-besar.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
aku pun sama.. setakat ni aku tak pernah sembelih apa-apa lagi...
ya, hati aku halus, kang.

ckLah @xiiinam said...

Janganlah sembelih.....sayanglah!



***rayuan di atas untuk tukang sembelih. Bukan untuk kau yang berhati hallllluuusss, sangat tu. Haha...

Nizam.Ariff said...

cklah,
tukang sembelih tak dengar rayuan macam tu... kurang dayunya... hahaha

Lady Windsor said...

ikan jelawat?? pehhhh...lama siot aku tak makan ikan spesies eksotik ni...mana nak cari eh? kalau kat KL ni haremmmm...

Nizam.Ariff said...

LW,
kalau g kat pasar tani mungkin ada.... tapi tu spesis belaan manusia la... tapi ok gak rasanya..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com