.
Orang kata ini Buah Ceri...
Aku pun panggil Buah Ceri sebab orang kata itu Buah Ceri. Kalau ada yang kata itu Buah Epal, aku pun mungkin Buah Epal juga... aku malas nak berbantah-bantah, bukannya apa.
Tapi aku panggil Buah Ceri Burung. Kenapa?
Sebab setakat ini aku belum jumpa orang sengaja tanam pokok Ceri ni. Kebanyakkan pokoknya tumbuh sendiri, mungkin dibawa dek burung serindit atau punai yang terbang melayang dari sawah turun ke kali. Sudah tentu bukan serindit atau punai yang bawa gunakan paruhnya. Sudah tentu benih-benih Ceri itu keluar ikut 'belakang'nya.
Pokok Ceri yang di atas itu pun sama, tumbuhnya tak bertanam, rimbunnya tak bersiram. Namun ia lebat berbunga dan berbuah, seikhlas hatinya tanpa sedikit pun mengungkit-ungkit cerita yang sudah-sudah.
Ia tumbuh di laman rumah Emak di Perak. Dengan senang hati, kami menerima kehadirannya untuk menyerikan laman rumah kami itu tanpa ada syak dan sangka.
Orang kata (lagi), manisan Buah Ceri ini bagus untuk perut-perut yang meragam. Aku tak pasti kerana biasanya aku makan dikala perut tak meragam. Kalau perut aku meragam, aku tak makan. Aku akan bercangkung di perdunya dan taburkan baja kompos organik.
Pokok Ceri ini bukanlah calon dalam senarai pokok buah-buahan yang biasa ditanam oleh orang.
Kalaulah pada satu hari nanti ada yang buat kajian dan didapati buahnya mempunyai tahap anti oksidan dan anti penuaan serta kesan afrodisiak yang tinggi melebihi buah Mahkota Dewa, Daun Ketum atau Tongkat Ali, barulah manusia segenap alam akan bersaing dengan Serindit dan Punai untuk mematuk buah-buahnya.
.
27 comments:
Aku pun panggil buah ni buah ceri juga, ceri kampung..lemak-lemak manis gitu kan...best pokok ceri ni, macam payung besar...
dahan dia sedap buat manjat²
macam buah kopi pun ada...
.
LW,
sebab utama kenapa pokok itu tak ditebang pun sebab redup... sedap dibuat tempat lepak... hahaha
KOG,
memang sedap.
tapi sekarang ni tak boleh. Badan dah berat. Boleh patah dahannya kalau dipanjat... hahaha
TM,
ko pernah makan ceri ni?
aku rasa kat belakang rumah ko pun ada sepokok... pokok ni senang melata...
aku memang tak oernah mkn..siyess...jakun kan.
LadyD,
bukan... ko duduk kat bandar besar lama sangat tu... hahaha
dulu2 kt kg rajin la harvest buah ceri yg dh masak,kat bandar ni mana nak jmpa pokok ceri dh.huhuu
Aishah,
kadang-kadang ada lagi kat tepi2 jalan yang berpasir atau tanah bekas lombong...
kat Bkt Bintang memang tak ada la.... hahaha
Eii..berak kat perdu pokok ceri ke? Hahahaha.
LyDS,
contoh.... errr.. contoh jer..
kakaka......
Aku pun panggil Buah Ceri sebab orang kata itu Buah Ceri.
...tapi...
Aku tak panggil buah kopi, walaupun ada orang kata macam buah kopi pun ada...
:D
.
eh. ko nih sukasuka jeh mencangkung ar... hehehe
buah ni sedap dan wangi. sumber pelawas yang bagus.
Kalau dari belakang burung....namanya buah t*ik burung.
:-)
nak tanya. dari KCP ke Ringlet kena lalu Kampar tak.?!
eh sori terkeluar dari criter ceri tuh. :)
.
org kampung akak kata ni 'buah kekuk'. manis bila masak ranum.
Kalau boleh tanam pokok ni kat rumah aku, nak je aku tanam sephon...biar redup..
sepa,
bab-bab macam ini kita tak perlu berbalah, betul tak..kita ikutkan je apa yg dia orang panggil... janji kita sama-sama dapat merasa... hahaha
GB,
betul eh pelawas perut?
aku dulu dengar2 cerita je...
cklah,
aku tak sangguppp... !
hahahaa
sepa,
aku rasa kalau pegi ikut simpang pulai, tak jumpa Kampar kut. ikut batu gajah ke simpang pulai dan naik ke atas je...
Hani,
pelik betul bunyinyer...
kalau buah ceri tu ada la gaya international nyer... hahaha
LW,
boleh jer...
SMBotak suka mancing. kalau dia g lombong, cuba cari anak pokok ni yg tumbah kat atas pasir... biasanya ada...
betul tu, kebanyakan pohon ceri tu hidup sendiri butbila dah besar nampak cantik tambah2 bila rimbunkan!
KA,
tapi daunnyer kalau luruh jenuh nak menyapu...
orang patuk buah itu ---->kamu...
dan
yang buang hampas nyer kat perdu pun ------>kamu juga...
.
.
.
hahaha
Ash,
ye la ... yela... aku ngaku..
keh keh keh
nak cari info pasal buah ceri terjumpa blog ni pulak..ayat2 yg digunakan sgt santai dan mencuit hati.. :D
Ceri kg..ada org panggil ceri-ceri..huumm
Pokok ceri kampung ni, nursery jual anak pokoknya yg dh tinggi lg kurus melidi dgn harga rm8..beli n cuba tnm sebab nk redup n nk mkn buahnya..ingatkan xnk hidup dh sbb dedaunannya mula mengering..selepas siram n baja intensif, akhirnya ia membesar bagaikan johan..
Ceri oh ceri, terkenal juga kamu rupanya,walaupun terbuang dimana mana
Saya tanam d halaman rumah sb niat sedekah kpd burung dan kita pun blh mkn akalo
Kat rumah saya ni tumbuh sendiri... Mungkin burung punai pun mencangkung kat laman rumah masa saya tak ada.... Teeima kasih kat si punai tu. Tak payah nak beli anak benih.
Post a Comment