.
Sedang sedap Nita (seorang setiausaha) menatap foto-foto menarik di sebuah blog foto tersohor, dia terdengar pintu dibuka secara paksa. Kelihatan Hasri sedang berjalan terkocoh-kocoh sambil membetul-betulkan sematan talipinggangnya yang longgar, juga menyematkan semula kemejanya. Wajah Hasri juga kelihatan lesu, jalannya lemah menuju ke tandas.
Tidak lama kemudian, Kamil pula keluar membontoti Hasri. Sambil dia berjalan, tangannya menggosok-gosokkan tisu pada mulutnya yang basah dan kemejanya yang juga basah. Dia juga ke tandas.
Nita merasakan senario itu bagai satu panorama yang sungguh menarik, walau pun jelek! Jijik!
Mulut Nita terkunci, dia tak sanggup membayangkan apa yang telah terjadi. Hubungan terlarang lelaki dan lelaki.
Nita merasakan dunia memang telah sampai ke penghujung hayatnya.
Cepat-cepat Nita menaip sesuatu dan menekan butang 'send' pada telefon bimbitnya.
Ceritanya begini...
Hasri penat. Sudah seminggu dia memerah segala neuron, malah dendrit sehingga menjadi seperti sup Miso. Kepalanya menjadi ringan. Tak perlukan air ketum berperisa ubat batuk bercampur ubat nyamuk untuk terasa ringan-ringan begitu. Saban hari selama seminggu dia pulang lewat Maghrib untuk menyiapkan kertas cadangannya. Bukan mudah untuk melepasi saringan Kamil, walau pun mereka berdua kerap makan bersama-sama, Kamil tetap Bos kepada Hasri. Itu Hasri mesti akui.
Petang itu, Hasri, buat kesekian kalinya, berjalan longlai dan lemah menuju ke bilik Kamil, sahabat merangkap Bos.
"Bos ada?" Hasri bertanya kepada Nita, setiausaha kepada Kamil.
"Dia ada kat dalam. Masuklah." Nita mengekori Hasri dengan matanya.
Di dalam bilik Kamil, Hasri hempaskan fail di atas meja Kamil. Tersentak Kamil melihat rakannya berbuat begitu. Dia yang sedang menghirup teh susu di dalam cawan Vantage tersedak. Goncangan tangannya menyebabkan teh susu itu tertumpah pada bajunya manakala mulutnya comot.
"Aku dah penat..." kata Hasri. Mukanya nampak lesu, rambutnya kusut sedikit. Dia memang sudah penat.
Hasri membiarkan Kamil terkulat-kulat memandangnya. Dia memusingkan badannya lalu berjalan keluar. Sesampai di pintu, butang kemeja Hasri tersangkut pada tombol pintu. Dia buka talipinggang untuk kemaskan bajunya.
Manakala Kamil pula mencapai kertas tisu lembut lalu menggosok-gosok bajunya yang basah. Kesan teh susu tidak hilamng sepenuhnya. Dia pun bangun menuju ke tandas....
.
19 comments:
adoi nizam. nita, kamil, hasri semua ada kat dalam opis sha nieh. semuanya nama opismet.
adalah sukar utk membayangkan kerana...ngeri!!!
walaupon endingnya sebenarnya macam tuh.
yes, persepsi org pergi meeting di awal pagi tapi dianggap pergi breakfast juga sukar utk diubah:)
Owh.. tak terjadi apa-apa ke antara mereka? *agak kecewa*.
Persepsi ini, pertama kita takleh halang. Lagi satu, katakan kebenaran terbukti, org yg buat persepsi tu mesti akan ada rasa sikit kecewa, kalo persepsi tu tak berkaitan dgn diri dia. Sbb gossip dan scandals adalah perkara yang paling org suka buat persepsi. Apa aku cakap ni? Aku harap ko paham.
Cheryna,
hah? sama eh...
hmm... mungkin kita berada di ofis yang sama..? hahaha
LyDS,
*agak kecewa* ...hahahhaa
ko jahat...
Ya, apa yg ko cakap tu benar belaka..
oh... adakah aku berdosa terhadap 2 jejaka suci itu? Maafkan aku Hasri, maafkan aku Kamil...
aku nk tanya nita.
dia taip apa dlm sms tu...?
.
Sudip,
ahahaa... persepsi.. persepsi..
TM,
betul ko nak tanya dia?
nanti aku tanyakan...
Itulah yang dikatakan sifat judgemental orang kita memang kuat. Kikiki
no hp nita ada x...hehe
fifie,
ya... betul tu...
persepsi adalah salah satu senjata untuk cuba melihat apa yang tak nampak
lelakisemalam,
nanti aku tanya mak dia... keh keh keh
Aku jarang buat persepsi...tak peduli aih depa nak buat apa. Cuma baca entry ko neh...aku teringat kisah reverse action...satu teknik penulisan batu bagi aku...mencipta sesuatu supaya pembaca membuat pelbagai tekaan dan adalah sangat berbeza dengan apa yg diteka...ko berjaya buat kejutan eh...
Hasri..itu bukan sepa ke eh? Kehkehkeh....kadang-kadang bila aku baca entry sepa, ada nama ko...akrab sungguh...
buku jangan dinilai melalui kulitnya
APE YG NITAA ANTA SMS TU NAKK TAWWWWWWWWWW ;)
kahkah . ingatkan dh songsang benar.
LW,
aku tak kata Hasri tu Sepa atau Sepa itu Hasri...
Kalau ada yang kata, itu hanyalah persepsi masing2... hahaha
Azani,
tapi secara jujurnya, hard cover dan paper back lain nilai ringgitnya... kan? hahaha
Jna,
tak bleh.. tak bleh... hahaha
Miss Klanika,
tajuk pun pasal persepsi... hehehe
kenapala baru ari nih aku dapat baca nukilan ko nih.! itula bila kerja jauh di pedalaman, yg signal-internetnya kejap ada kejap jugak takdak...
*aku rasala kan.! sepatutnya bila si Hasri tuh tertekan, dia sepatutnya jalan ke arah dak Nita, dan dicuitnya pipi dak Nita...!!!
hehehe
sepa,
mana boleh...
sexual harrassment...
haaa pandai la korang sambung menyambung cerita..
LW,
presepsi... mana boleh dihalang... ahahaha
persepsi la sangat! hahaha
Post a Comment