Monday, December 10, 2012

Berembun tidak baik...

.




Cikgu Fizik aku pada satu ketika lamaaaaaaaaaaaaa dulu ada berkata bahawa titis-titis kabus pagi itu sebenarnya terbentuk apabila molekul-molekul air yang tepu telah tertarik dan bergumpal dengan zarah-zarah yang terampai di udara. Zarah-zarah terampai, yang kebanyakkan adalah debu, telah menjadi nukleus untuk pembentukkan gumpalan air itu. Adakah yang dimaksudkannya itu ialah 'fog'  atau kabut atau memang embun?

Kemudian tentang 'jet trail' yang seperti asap di belakang kapal terbang berenjin jet, kabusnya terbentuk akibat molekul air tepu bergumpal pada cas-cas ion yang terhasil dari pergeseran badan kapal terbang dan udara. Manakala awan pula terbentuk akibat tekanan dan tahap ketepuan air juga.  Itu katanya.

Cikgu Biologi aku pada satu ketika lamaaaaaaaaaa dulu juga ada berkata bahawa apabila pokok mengandungi banyak air, lebihan air itu akan dirembeskan melalui liang-liang khas pada daun. Biasanya, ia terjadi pada waktu malam membawa ke pagi kerana lebih sejuk.

Ok. Bagaimana dengan embun?

Mengikut petua orang dulu-dulu, mandi embun dapat menguatkan badan. Manakala air asam jawa yang diembunkan semalaman bagus untuk batuk dan sakit tekak. Air teh kalau diembunkan semalaman bagus untuk menyucikan mata.

Kalau mengikut cikgu fizik aku, embun mengandungi partikel debu dan kekotoran yang terampai. Maknanya, embun itu tidak bagus. Tapi kalau mengikut cikgu biologi aku tu pula, cecair yang kita katakan embun di hujung daun itu sebenarnya adalah cecair lebihan yang dirembes oleh pokok. Makanya, cecair itu tentulah mempunyai khasiat-khasiat tertentu. Sampai sekarang aku tak pasti mana satu yang betul.


Macam mana orang mandi embun?
Apa yang aku tahu ialah menyapukan kedua-dua tangan pada daun-daun yang basah dek embun kemudian sapukan pula ke anggota badan seperti bertayamum. Kemudian basahkan lagi tangan-tangan dengan embun pada daun-daun lalu sapukan pada badan. Lakukan beberapa kali sehingga basah. Bila dah basah, biarkan air embun itu kering dek haba badan. Kalau sanggup, bergolek di atas padang rumput mungkin juga boleh jika tiada tahi anjing atau babi. Aku tak sanggup.

Kena pilih juga pokok apa. Yang pasti, bukan pokok yang bergetah dan menggatalkan. Dan tak digalakkan untuk mengutip embun pada pokok-pokok di bandar atau kilang atau kawasan yang berudara kotor.





.

9 comments:

sepa said...

nak tanya. mandi embun menguatkan badan je ker.?! adik, camner.?!

Anonymous said...

petua orang sekarang kalau mandi embun tengah KL ni pasti akan ditegur, "ko ni dah tebiat ke apa?"

LydSunshine said...

Kuatnya daya ingatan ko sampai bleh ingat lagi pelajaran drpd cikgu2 ko lamaaaa dulu. Air teh yg diembunkan tu utk diminum atau dititikan dalam mata mcm eye-mo?

Aku rasa, mandi embun yg org tua kata tu, ialah tidur kat luar rumah kot. Sampai badan jadi sejuk pastu berembun. Agaknya la.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
abang menggigil, adik jadi stress...


SM,
hahaha... ada betul tu...


LyDS,
air teh tu buat basuh mata.
Mandi embun waktu pagi-pagi... ambik embun pada pokok2...

Lady Windsor said...

apa-apa sekalipun...aku suka nama embun..sebab nenek sedara belah arwah bapa aku nama Embun. Jiran aku yang jual kuih lopen pun nama Cik Embun..sedap jer sebut walaupun dia sebenarnya dah tua..alahai Cik Embun..

Nizam.Ariff said...

LW,
Embun dikiaskan dengan kesegaran, kesucian dan sesuatu yang murni... aku pun suka

aza ni said...

embun tengok tempat dam masa
masa dahulu pencemaran udara mungkin ringan, asap kilang tak nanyak, kalau adapun asap dari pembersihan ladang, kat pasir gudang ,asap dari kilang puh, bayangkan hujan yang turun akan menyebabkan cat kereta berbelak, tapi kala ambik embunnya aku rasa mau belak kulit, aku syak rambut aku putih pasal ni kot?

Lady Windsor said...

Nizam.Ariff
aku pernah titik air embun hujung daun kat mata...alhamdulillah memang betul mata jadi cerah..tapi itu kat kampung yang jauh dari pembangunan lah, embun kat KL ni aku tak berani nak ambik risiko...

oklah esok kalo ada anak perempuan anak berangan nak letak nama Embun Maryam...hihi...berangan!

Nizam.Ariff said...

azani,
betul.... aku pun tak sanggup nak badan berbelak-belak... hahaha



LW,
aku pun berangan-angan anak pompuan gak ni... aku nak bagi nama Murni Melati... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com