Panggilan 'menipu' yang banyak dilakukan oleh stesyen-stesyen radio terutama di sebelah pagi memang membuat pendengar ketawa atau teruja. Tapi pada orang yang menerima panggilan 'menipu' pasti terasa hangatnya.
Patutkah mempe'dajal'kan seorang itu dijadikan bahan lelucon khalayak pendengar yang ramai? Serius, aku tak rasa ianya satu bahan gurauan malahan aku benci sebenarnya.
Memanglah ada yang 'menyuruh' untuk kenakan seseorang sama ada pasangan, adik beradik atau kawan rapat. Dan setakat ini aku tak pernah dengar kejadian buruk akibat panggilan jenis men'dajal'kan orang itu KECUALI dalam berita tentang kejadian di UK.
Walau pun tak pernah berlaku di Malaysia tapi tak bermakna ianya tak akan terjadi langsung. Risikonya ada.
- Katakanlah ketika dikemuncak men'dajal'kan tiba-tiba bateri telefon bimbit orang itu habis. Ayat terakhir yang deejay itu cakap ialah " ada orang nampak mak awak nak terjun lombong ..."
- Ketika panggilan dibuat, orang itu baru sahaja lepas dimarahi bos secara kaw-kaw kemudian deejay cakap " isteri awak dilihat sedang berjalan-jalan di pasaraya berpegang tangan dengan seorang lelaki..."
- Ketika panggilan di buat, orang yang di'dajal'kan itu masih mamai kerana baru bangun tidur dan perkataan deejay yang dia cuma dengar ialah " maarobbuka..."
Sepandai-pandai tupai melompat, akan ada jatuh ke tanah jua.
Dalam 1000 kali tupai tu melompat, mungkin ada sekali tupai itu jatuh. Hanya sekali. Tetapi sekali itu sudah cukup parah jika tupai itu jatuh ke dalam mulut buaya...
.
11 comments:
Maksudnya buat lawak tak kena masa eh.
sebab tu kalau pagi aku lebih suka dengar bernama radio. bahannya pun banyak buat aku sengih, tapi bukan pada tahap mempedajalkan orang macam ni.
aku dengar sinar fm..tak de panggilan mendajal orang tapi ada panggilan wish birthday..tu aku suka..ada panggilan motivasi gitu..
aku dengar radio johor 87.8
tapi pendapat kau aku setuju,tak baik mengenakan orang
hitz.fm 105.80 ada segmen 'gotcha'... lepas tuh depa gelak terbahakbahak seperti nak terkeluar kahak dan mungkin bulih terberak.!
fifie,
buat lawak keterlaluan...
SM,
aku dgr U-FM, banyak juga info pasal students tapi kat lembah kelang je kut...
LW,
elok kita boikot tak payah dengar panggilan macam ni je....
azani,
aku tak dapat terima mengenakan orang untuk ditertawakan orang lain....
sepa,
kadang2 deejay tu yang ketawa lebih-lebih sedangkan pendengar mungkin ramai yang meluat....
aku bila dengar.
selalu mengukur tahap kesabaran aku.
sbb.
ada yg kena hangit tu sangatlah cool.
sangatlah sabar.
sangatlah tenang.
aku...?
hmmmm....
.
TM,
kalaulah aku yang suruh deejay tu buat panggilan kat ko... hangit giler2... apa agaknya ko nak buat kat aku ek?
baca dua entry...
aku perasan..
mood ko macam nak telan orang!!
Ashley,
mood tgh nak kritik je memanjang.. hahaha
Post a Comment