... dan ianya bermula pada tahun 2010 lagi. Pada masa itu, pihak kerajaan sedang giat membuat sessi halilintar (brainstorming labs) yang diketuai oleh (D) Idris Jala. Pada masa itu juga aku masih teragak-agak sama ada hendak beli atau tidak sebuah rumah dengan ruang yang baru. Aku penakut dan aku amat tak suka berhutang. Aku lebih suka cari jalan yang selamat.
Pada tahun 2010 itu, salah seorang sahabat di pejabat telah diminta untuk turut serta di dalam sessi makmal Transformasi itu dan ketika itulah dia berikan aku satu khabar yang sungguh menyesakkan minda.
" Kalau nak beli rumah, sekaranglah masanya!" kata dia. Aku tertanya-tanya, apakah yang telah dia lihat yang ak tak lihat?
" Subsidi kerajaan akan distruktur semula. Ada beberapa subsidi akan dikurangkan sedikit demi sedikit..." katanya.
Dan salah satu kesannya ialah harga rumah akan naik kerana harga bahan-bahan binaan akan meningkat (memang benar pun telahannya, pada tahun 2011 harga sekampit simen mulai naik dari RM11 kepada RM16, harga besi struktur pun naik sekali ganda. Rata-rata rumah yang mahu mula dijual/dibina mulai tahun 2011 telah naik sebanyak 5% ~ 10%).
Apabila aku mendapat tips seperti itu, aku masih ragu-ragu... Jadi, pada bulan Julai 2010, aku bertanya kepada Yang Memiliki segala-galanya. Isu pertama yang menjadi sesendal fikiran aku ialah kewangan pada masa depan. Untuk itu, Tuhan berikan jawapan seperti yang aku ceritakan di dalam entri yang ini. Isu kedua pula ialah patut atau tidak patut aku beli sebuah rumah lain. Dan seperti kelmarinnya, Tuhan berikan jawapannya seperti yang aku ceritakan semula di entri yang ini pula...
Aku bertanyakan kepada kawan merangkap bos aku tentang mimpi aku yang pertama. Dia kata, walau pun rezeki aku masih berterusan tetapi aku akan mengalami sedikit kesukaran dalam kerja-kerja untuk mendapatkannya. Kiasnya ialah 'perigi buta' dan ' air berlumpur'. Itu pada tahun 2010.
Mimpi aku yang kedua pula adalah titik tolak aku meneruskan niat membeli sebuah rumah. Dan aku bernasib baik kerana aku berjaya mendapatkan rumah yang sedang dalam pembinaan, dimana pembeli asal terpaksa lepaskan rumah itu kerana pinjaman banknya tidak berjaya. Jadi, pemaju telah memberikan aku harga yang sama ketika perumahan itu dilancarkan pada akhir tahun 2009. Jadi, pada akhir tahun 2010, aku beli rumah itu.
Sebenarnya, aku dah dapat kunci rumah baru itu pada bulan Jun 2012 lagi. Cuma aku sengaja melewat-lewatkan pindah sebab tak ada keperluan untuk cepat-cepat pindah... sehinggalah Ariff mahu masuk Tingkatan 1 pada 2013 ini. Aku terpaksa pindah cepat-cepat kerana lokasi sekolah semengah Ariff telah di ketahui.
Ada 2 perkara yang aku nak ceritakan di sini yang aku berhajat dikongsikan:
- Dalam mimpi pertama, aku masuk ke dalam sebuah lubang @ perigi buta (bayangkan para pendulang emas di Lubuk Mandi yang mengorek tanah untuk mendapatkan kumpur bercampur emas). Di dalam perigi itu ada air bercampur lumpur sekitar paras leher. Untuk mendapatkan batu-batu di dasarnya, aku terpaksa menyelam dan itu pun aku hanya dapat sedikit sahaja. Pada tahun 2010, kawan @ bos aku tafsirkan yang aku akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan wang. Tapi sehingga tahun 2011, aku dapati kerjaya aku tetap menaik. Jadi, aku masih tertunggu-tunggu bilakah kesukaran itu kan berlaku. Akhirnya, pada pertengahan 2012, perkara itu pun terjadi. Yang kawan-kawan pejabat aku terasa nak terajang aku ialah mereka juga turut terpalit dengan mimpi itu dan aku tak ceritakan kepada mereka. Oleh kerana ianya melibatkan kerjaya, maka secara tak langsung sebab musabab kesukaran aku itu adalah berkait dengan kerjaya mereka juga... hahaha. Sama company, maaa....
- Dalam mimpi kedua, ketika aku buka pintu rumah aku yang baru itu, aku dapati ruang tamu rumah aku kosong. Tidak seperti rumah jiran-jiran yang penuh bergaya. Apa yang ada di ruang tamu? Hanyalah sekeping tikar buluh dan TV LCD (pada tahun 2010, aku belum ada TV LCD). Sehinggalah aku mendapat kunci rumah, aku masih tertanya-tanya kenapa rumah aku kosong sedangkan dalam pada rumah itu di bina, kami telah mula menabung untuk membeli barang-barang nanti. Kalau diikutkan hati, aku boleh beli sekurang-kurangnya sofa dan meja makan tetapi di dalam mimpi itu ruang tamu aku kosong. Akhirnya, kira-kira 2 bulan lepas, aku mendapat jawapannya. Ruang dapur sedia ada terlalu kecil untuk memuatkan tempat memasak, makan dan membasuh. Mahu tidak mahu, dapur perlu dibesarkan. Oleh kerana itu, semua duit tabungan tadi harus diutamakan untuk pembesaran itu. Dan oleh sebab itulah juga, sofa dan meja makan terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Jadi, kepada sesiapa yang mahu bertandang ke rumah aku, eloklah berlatih untuk bersila dan makan di atas tikar...
.
6 comments:
okayy yg mimpi ke2 tu kenapa ayt terahir mcm bukan dlm mimpi kakakakka
Tajamnya ingatan. Masih ingat mimpi2 lalu..
Jna,
yang mimpi tu yang di link tu. ayat2 yang ni bukan mimpi dah... hahaha
Embun Melati,
mimpi-mimpi yang terkesan memang masih diingati tapi tak banyak mimpi yang macam tu....
Jadi, kesimpulannya.... sape nak dtg umah ko kena prepare mental dan fizikal utk makan atas lantai? No problem... Bila bleh dtg?
LyDS,
Haah... kena buat persedian mental secukupnya bagi orang-orang yang tak biasa makan bersila. kepada yang dah biasa, kita geng... aku belum pindah 100% lagi.
ini aku dah baca.! salam...
Post a Comment