Tuesday, December 25, 2012

Mencari ruang baru...

.

.... di pagi, dengan kecipan burung yang menumpang bermalam, dengan cengkerik yang menceriakan malam. Suara-suara alam yang jarang-jarang aku dengar sebelum ini. Aku mahu menumpang kasihNya di sini pula. Aku bersyukur.





Berkongsi ruang dengan semut-semut yang baru, mentibang kecil yang musafir dan serangga-serangga malam yang subuh tadi bergelimpangan di bawah lampu.

"Assalam semut-semut dan mentibang yang cilik. Kepada serangga-serangga malam, takziah... "






Lalu aku selak lebaran baru dalam bab hidup aku sekeluarga...




.

16 comments:

Jna marcello said...

view pix no 2 ni mcm seroknok tdoooo nizammmmmmmmmmmmm 'D
hi semut2 yg cilik ;p

sepa said...

ko baru pindah d rumah baru.?! kat maner tuh, bang.?!

*gambar 1 tuh classic. eh. ko tak pakai recliner.?!

Lady Windsor said...

ko dah masuk rumah baru eh? selamat menduduki kediaman baru..lepas ni aku jamin ko akan shoping dan shoping dalam rangka nak mensantekkkan ruah tu..

Nizam.Ariff said...

Jna,
Hah... ko patut berehat dan tido. cepat-cepat sembuh eh...



Sepa,
ada kat S.Alam juga nih.... saja cari rumah atas tanah. asyik rumah atas angin je.... orang kata, pelan tua pelan ke tanah akhirnya..... eloklah aku cari yang bertanah pula...

kerusi tu sebenarnya nanti aku letak kat luar.. tapi sementelah aku belum duduk 100% kat sini, eloklah aku simpan dulu di dalam rumah....




LW,
betul tu....
lebih2 lagi bila aku pindah dari rumah atas angin ke rumah atas tanah... banyak yang kosong...
tapi buat apa yang rush.. pelan-pelan la kak, bukan nak duduk 1 malam je (in syaAllah)..

aza ni said...

smoga aman,damai dan diberkati

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aminnn... thanks, bro..

ASH said...

kerusi rotan.
.
.
kerusi santai santai ek?
.
.
bila kami boleh lompat lompat kat taman rumah kamu nih?


Unknown said...

Cantik langsir..:)

jeb said...

tahniah dan selamat menduduki rumah baru.

Nizam.Ariff said...

Ash,
mana ada kerusi rotan kak, mehe bebenor... alaa.... akak bila2 boleh datang, bukak jauh benor pun kan... hahaha


EMbun Melati,
Mama yang pilih... thanks


Jeb,
Alaaa Jeb, aku lega dan bersyukur sebab rumah tu dapat disiapkan dengan jayanya walau pun kualiti sungguh menyedihkan...
Dan sekarang, masa untuk memikirkan untuk membayarnya selama 30 tahun lagi...jadi, tahniah tu kena reserve dulu selama 30 tahun... hahaha

LydSunshine said...

Assalam juga buat semut dan mentibang laut.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Hah? mentibang laut ke namanya?
kakakaka... timun laut pernahlah aku dengar....

Lady Windsor said...

elok le tu..pelan2 ya..plan betul2 mana yg perlu dibeli dan mana yg tidak. Akak dulu untung sebab masa masuk rumah, tuan rumah dah tinggal banyak perabut yang masih tip top dan jenis kayu jati, termasuklah kabinet nyatoh kat dapur dan oven build in. Aku rasa macam bulan jatuh ke riba sebab separuh belanja dan save..memang masa tu rasa macam dirahmati sangat sebab tak banyak kena keluar duit..kita nak duduk lama dalam 'syurg'a tu kan..jadi kena plan betul2..

Nizam.Ariff said...

LW,
so, jangan beli alang-alang atau 'sementara' la ek... biar tunggu dulu..

Su @ Aya said...

waaa.. bestnya dah masuk rumah baru. cantik kerusi, dan langsir juga. :)

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
Best tu best la...
tapi perit nak berpindah dan masalah kualiti rumah baru memenatkan kepala...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com