......... sambungannya.
Nita rimas kerana panas dan lama menunggu di dalam almari. Tiada tanda-tanda Hasri mahu meneruskan main kejar-kejar romantik itu. Bosan, Nita pun menjengah. Terdengar bunyi derap tapak kaki menaiki tangga. Nita masukkan semula kepalanya ke dalam almari. Dia tersenyum dalam keterujaan. Hasri masih mahu bermain!
Setiba di pintu bilik, daun pintu yang sedia terkuak sedikit itu terus dikuak sehingga luas perlahan-lahan. Cahaya lampu kalimantang dari tangga melimpah masuk ke dalam bilik yang gelap. Nita teruja. Tapi, Hasri tidak melangkah masuk. Dia hanya tercegat di muka pintu. Nita tunggu beberapa ketika tetapi Hasri masih tidak beranjak dari situ.
1. Nita intai dari belahan pintu almari yang terbuka selebar jari. Di tangan kanan Hasri tergenggam sebilah pisau pemotong daging! Nita hairan, hatinya penuh dengan tanda soal, apa yang Hasri mahu mainkan pula? Pisau? Takkanlah.... Dia kenal siapa Hasri. Kenal sungguh-sungguh kerana Hasri adalah teman sepejabatnya sejak 3 tahun dulu. Nita memberanikan dirinya lantas menguak pintu almari tempat dia bersembunyi.
"Hasri...?" Nita bangun lalu keluar perlahan-lahan. Hatinya masih penuh dengan tanda tanya.
"Hasri...? Kenapa dengan awak ni? Tak seronoklah kalau awak serius-serius pula..." Nita mendekati Hasri perlahan-lahan. Hasri masih diam membatu, tidak menjawab pertanyaan Nita.
Dek kemilau cahaya lampu kalimantang yang menyuluh mukanya, Nita tadah cahaya itu dengan belakang tapak tangannya untuk memberikan teduhan pada matanya, barulah jelas sedikit wajah Hasri dilihatnya. Tapi Nita terkejut kerana tiada senyum pada wajah itu. Mata Hasri menyorot jauh seolah-olah melihat jauh di belakang Nita. Hasri tak pandang Nita pun!
Nita cuba mengambil pisau pemotong daging dari tangan kanan Hasri tetapi belum pun sempat dia mencapainya, Hasri angkat tangannya setinggi yang boleh lalu terus menghayunkan pisau itu ke kepala Nita. Membuntang mata Nita apabila pisau tajam itu membelah tengkorak dan otaknya. Segumpal rambut Nita terputus lalu jatuh ke lantai. Darah Nita bersembur ke dinding dan wajah Hasri yang masih serius memandang sesuatu yang sedang melekap pada tingkap kaca bilik itu.
2. Nita terlihat pisau pemotong daging dari belahan pintu almari, pisau itu tergenggam erat di tangan kanan Hasri. Serentak dengan itu juga hidungnya tercium bau yang memeningkan kepalanya. Sungguh kuat bau itu menusuk lubang hidungnya.
"Yeay...!" serentak dengan itu juga Nita hamburkan diri, keluar dari dalam almari.
"Durian...! I like.. like.. like... muah-muah-muah" Nita terus memeluk lalu mencium Hasri yang sedang memegang sebiji Durian di tangan kirinya.
"Cepatklah buka..... I dah tak sabar nak rasa ni..." rayu Nita tetapi tiada tindakbalas dari Hasri. Dia masih tercegat tak beranjak dari muka pintu.
"Hasri...? Kenapa ni, sayangggg....?" Nita buat muka manja.
Oleh kerana Hasri masih mendiamkan dirinya, Nita ambil buah Durian di tangan kiri Hasri tetapi belum pun sempat dia capai buah itu, tiba-tiba Hasri terus mengangkat tangan kirinya tinggi-tinggi lantas menghentak buah Durian itu ke kepala Nita.
Nita jatuh terjelepuk di atas lantai, walau pun masih hidup dengan menahan sakit, dia terlalu lemah untuk bangun. Darah mula mengalir dari celah-celah rambutnya yang ikal dan panjang itu. Hasri melutut bersebelahan kepala Nita. Hasri benamkan hujung mata pisau betul-betul di tengah-tengah ubun-ubun Nita. Kemudian, Hasri hentak belakang pisau itu berulang kali sehingga mata pisau itu lenyap separuh ke dalam tengkorak Nita. Hasri sedang membelah kepala Nita seperti membelah sebiji buah Durian! Apabila terbelah, Hasri cungkil sedikit otak Nita lalu berjalan menuju tingkapa kaca. Cebisan otak Nita itu diunjukkan kepada sesuatu yang sedang melekap pada tingkap kaca rumah batu dua tingkat itu
3..... (ah.... sakit pingganglah pulak, nanti-nanti aku sambung)
.
17 comments:
Alahhh tak best lah macam nie, kena mesti ada option.
Fifie,
itu bukan option tapi kemungkinan...1 atau 2 atau .....3?
tunggu kemungkinan yang lain... yang pasti, cerita sebenar masih dalam kepala aku... hahaha
pisau boleh belah tengkorak? pisau chap apa dia pakai eh?
kog, aku syak pisau chap kapak.
aku nak like option sms, kalau ada...
KOG,
pisau chop lembu berlaga.... mahal woo..
TM,
ko mana tau, ko mana pernah lapah kepala lembu... hahaha
azani,
belum ada ....
"Freddy Krueger" rupanya Hasri ni...
.
.
.
Itu A Nightmare on the Elm Street.
.
.
.
time time orang dok syok 12/12/12 ni hang dok buat cerita Friday the 13th ngan Nightmare pulok daaahhh!
btw,
Nita silap pilih bopren....dapat "FREDDY KRUEGER" Melayu!
abes laaa..
baru nak ckp kena ade option skali bace awk hye reply kan fifie buat na tak jadi tanye grrrrrr ;D
Ashley,
Hasri mungkin tak bersalah.... jeng jeng jeng....
Jna,
maknanya, nombor yang aku letak tu misleading la... hahahaha
Ini utk mematikan watak nita ke? Dah tu, dah habis ke citer ni nanti kalo nita mati.
Gile kejam plak hasri ni. Tersampuk syaitan ke? Aku baca 3-3 option, tapi 2 option pertama, aku gelak. Sama mcm kalo aku tengok Happy Tree Fren plak. Antara 2 ending tu, aku pilih yang pertama la. Nampak la serius skit. Yg kedua tu mcm kelakar plak bila masuk watak durian, pastu kena hentak atas kepala.
LyDS,
.... no. 2 tu sebab skrg ni tengah musim durian... hahaha
aku risau nak baca sebab badan aku ni kurang sihat lagi.
Kang mengingau pulak ha ha..
Waterlily,
ngigau lak tu jenis pegi ke dapur ambik parang panjang... hahahaa
ganass ganassss... gua teruja...!
sepa,
itu ko la yg ganazs.. aku baek je...
Post a Comment