Wednesday, December 12, 2012

Lembaga hitam menghantui Hasri...

... cerita no. 3



Kedua-dua belah tangan Hasri yang besar itu terus melekap pada leher Nita yang jinjang. Tanpa membuang masa, dia cengkam leher Nita kuat-kuat, kedua-dua ibu jarinya menekan urat-urat darah di lehernya. Nita cuba melawan asakan Hasri itu dengan menarik tangan Hasri supaya terlerai dari lehernya. Gagal. Nafasnya sudah tersekat. Menjerit pun tidak boleh.

            Mati kau! Mati kauuu!!!”, jerit Hasri kuat-kuat sambil menolak kepala Nita rapat ke sudut
.
            Dengan hujung-hujung tenaga yang masih ada, Nita menolak tubuh Hasri. Mereka berdua jatuh ke atas lantai. Ruang tamu itu diselubungi dendam kesumat yang amat hitam, sehitam syaitan yang telah merasuki jiwa muda Hasri.

            Mati kau!!!!”. Tidak puas hati kerana rontaan Nita, Hasri hentak-hentakkan kepala wanita itu ke lantai beberapa kali sehingga keluar darah, memancut dari kepalanya. Tidak cukup dengan itu, Hasri lepaskan satu tumbukan yang padu ke perut Nita. Nita menjerit dan berguling-guling menahan kesakitan. Kemudian, Hasri berlari ke dapur. Dia tarik laci kabinet dapur satu persatu lalu dituangkannya ke atas lantai. Dia capai sebilah pisau yang dijumpainya kemudian dia berlari kembali ke ruang tamu. Didapatinya Nita sedang merangkak lemah menuju ke pintu untuk keluar dari rumah.

            Hasri menyeringai, perasaan benci memenuhi segenap ruang fikirannya. Langkahnya penuh angkuh, dia dekati Nita yang sedang merangkak untuk cuba melarikan diri. Tanpa sedikit pun ada rasa belas kasihan, dia tendang perut Nita dengan sekuat-kuat hatinya. Nita melambung sebelum jatuh tergolek dan terlentang tidak jauh dari pintu rumah itu. Dia terbatuk-batuk teruk sambil memegang perutnya yang senak ditendang Hasri.

            Tanpa berlengah lagi, Hasri terus melompat dan bercelapak di atas perut Nita. Kedua-dua tangan Nita dihimpitkan ke lantai dengan menggunakan lututnya. Hasri layangkan pisau yang tajam dan berkilat di depan mata Nita. Berkilau mata pisau itu disuluh lampu kalimantang di ruang tamu.

            Tolonglah... jangan... jangan...”, suara Nita tersekat-sekat meminta dilepaskan. Air mata berjurai-jurai, meleleh pada pipinya. Hasri ketawa, mukanya penuh dengan raut benci. Hasri benar-benar kerasukkan dan mengamuk. Dia tersenyum sinis. Dia benci melihat muka Nita.

            Zuppp...!

            Pipi Nita terbelah, darah panas mula mengalir keluar dari luka itu. Dia menjerit kesakitan. Dia terus merayu supaya dilepaskan tapi tak diendahkan oleh Hasri yang sudah menguasai dirinya. Hasri alihkan matanya kepada dada Nita pula. Ditenungnya dada Nita yang berombak-ombak menarik nafas dalam kesakitan. Dia putuskan butang baju Nita satu persatu menggunakan pisau. Dia selak baju Nita. Dadanya terdedah sehingga ke pangkal perut. Nita tak henti-henti meminta dilepaskan tetapi rayuannya itu langsung tak diendahkan oleh Hasri.

            Mana kejujuran kamu? Mana?!!!”, jerit Hasri. Nita hanya menangis menahan kesakitan. Darah dari luka di pipi terus mengalir ke rambut dan telinganya.

            Ada dalam dada kamu agaknya...”, kata Hasri sambil pisaunya memotong coli.

          Hasri terbayangkan lelaki-lelaki ’jongos’ yang pernah bertenggek di dada itu. Hasri benar-benar menggila. Hasri lorekkan hujung pisau itu di dada Nita, dari pangkal leher hingga ke perut Tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Pasrah. Hasri sudah lupa di mana dia berada, dia sudah tak sedar apa yang dia sedang lakukan. Perasaan geram, benci dan dendam menguasai diri sepenuhnya.

            Chuppp....!

            Sepantas kilat mata pisau tu terbenam sedalam beberapa inci di pangkal perut Nita. Dia menjerit sekuat-kuat hatinya. Terasa sejuk mata pisau itu mengalir ke segenap urat saraf. Kemudian, rasa pedih pula mulai menjalar ke seluruh tubuhnya. Hasri tak berhenti di situ sahaja. Dia menghiris dan merobek dada Nita seperti melapah daging ayam sehinggalah mata pisau itu tersekat pada tulang sternum. 

       Nita menggelupur akibat kesakitan, meraung-raung. Kelam kabut Hasri membetul-betulkan kedudukan badannya supaya tak terjatuh, lututnya menghimpit tangan-tangan Nita yang asyik terangkat-angkat akibat reaksi dari rasa sakit yang teramat. Hasri pegang hulu pisau itu dengan tangan kirinya pula manakala tangan kanannya menghentak-hentak hulu pisau itu. Setiap hentakan, mata pisau itu menghiris inci demi inci menuju ke pangkal leher. Setiap kali hentakkan itu jugalah badan Nita terhenjut-henjut dan darah pula keluar bersemburan.

            Kini, dada Nita sudah luka dengan teruk sekali, dadanya ternganga menampakkan organ-organ yang ada di dalam. Badan Nita masih lagi terhenjut-henjut mengikut rentak jantungnya yang cuba mengepam saki baki darah yang masih ada di dalam tubuh.

            Akhirnya, henjutan itu pun lemah dan terhenti. Rumah batu dua tingkat itu menjadi sunyi. Tiada suara yang keluar dari mulut Nita lagi. Mulutnya ternganga luas manakala matanya terbeliak memandang ke siling. Bau darah yang hanyir menerawang ke segenap ruang yang ada, ditiup angin dari kipas yang berpusing laju.

            Hasri balingkan pisau itu ke lantai. Dia selukkan tangannya ke dalam rongga dada Nita yang terbuka, dikuakkannya sambil mengintai-ngintai, seperti mencari-cari sesuatu di dalamnya.

            Eh, betullah! Kejujuran tak ada dalam dada kau... hahaha!”, Hasri ketawa seperti orang gila.

            Mampus kau! Baru puas hati aku”, seranahnya.

            Hasri tinggalkan sekujur mayat Nita di atas lantai. Dia duduk bersandar di atas sofa dengan tangannya habis berlumuran darah. Dia termenung. Dia seluk saku bajunya dan menyalakan sebatang rokok. Namun, rokok itu gagal memberikannya kepuasan. Dia campak rokok itu ke arah tubuh Nita yang sudah terbujur tak bergerak lagi.

            Hasri pekupkan kedua-dua belah tangannya ke muka. Dia usap-usap mukanya yang berpeluh. Darah dan peluhnya bercampur-baur, bau hanyir menusuk lubang hidungnya.

            Hishhh! Busuk....!”.







{Adaptasi dari salah satu babak di dalam buku aku yang no-2: Kecubung}




.

11 comments:

ASH said...

perhatian :
Hanya sesuai dibaca oleh pembaca 18 tahun ke atas. Rated 18sg. Penuh dengan keganasan, kekejaman dan kengerian.
.
.
.
sila tutup mata sebelum baca.

Lily Abdullah said...

Ok,kita tak mau baca la kalau kena tutup mata ha ha ha...

Sadis la cite ni..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
ye la... aku lupa nak letak amaran 18SGSX... hahaha



Waterlily,
boleh tutup mata, suruh teman bacakan...

aza ni said...

sayang darah terbuang gitu je

Jna marcello said...

Ganazzzzzzzzzzzz nyerrrrrrrr =}

sepa said...

lantai tuh nak kena sental dengan clorox eh... dan semburkan dengan wangian lavender.!

Lady Windsor said...

errr aku rasa tak cukup ganas..kalau aku punya citarasa..aku nak imagine hasri makan otak nita dan sedut darah yang kuar dari rekahan otak nita...

fifie said...

Kenapa dengan Hasri tu. Dia gila ke atau dia balas dendam dekat Nita tu

tasekM said...

buat n3 baru.
aku tak mo cerita bunuh2 nih.
takut.

LydSunshine said...

Huh... ganazz...ganazz... #cakor dinding

Dia hentak kepala, darah boleh keluar memancut ke dari kepala? Kalo leher ye la sbb banyak salur darah kat leher. *aku tak amik biologi. Sbb tu aku tak tau. Huhuh.

Kecubung tu novel ke?

Nizam.Ariff said...

azani,
ko nak suruh Hasri tadah dan derma kat tabung darah? hahaha...


Jna,
suka tak? suka tak? hahaha....


Sepa,
.... dah boleh hapuskan bukti... CSI giler ko nih...


LW,
Ooo.. kanibalisme tak dibenarkan di sini.. keh keh keh..



Fifie,
Dia kerasukkan dengan hantu kut.... hahaha



TM,
Ooo.. malam ni Jumaat Kliwon ek...



LyDS,
darah kat kepala bertekanan tinggi... tak caya, cer toreh sikit, memancut darah... hahaha


Kecubung tu Cerpen tapi panjang... .kawan2 kata Cerpan.


Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com