.
* Damm!!!*
Hasri hempaskan pintu bilik pejabat En. Kamil dengan kuat. Bergegar cermin pintu itu jadinya.
"Ko tau tak, Kamil. Aku berak tadi kat tandas. Bau tahi dari tandas sebelah aku punyalah busuk!" Adu Hasri kepada ketua merangkap kawan baiknya. En. Kamil hanya mengangguk-angguk tanpa membuka mulutnya.
"Aku rasa orang tu dah seminggu tak berak. Lepas tu makan petai jeruk pulak... huh!" tambah Hasri.
"Macam nak muntah, aku rasanya." tambah Hasri lagi dan En. Kamil masih diam tetapi mengangguk-angguk.
Rewind beberapa minit sebelum itu.....
En. Kamil berjalan menuju ke bilik pejabatnya dengan muka yang kelat. Sebelum dia membuka pintu pejabatnya, dia sempat menoleh kepada Nita yang sedang sibuk menulis sesuatu di telefon bimbitnya dan kemudian menekan ikon 'Send'. En. Kamil lantas pergi ke meja Nita.
"Awak tahu tak. Tadi I kat tandas. Bau tahi orang di tandas sebelah I punyalah busuk, sampai nak termuntah tekak I ni...." Nita hanya diamkan mulut tetapi mengangguk-anggukkan kepala.
"Sudahlah busuk, dia kentut kuat-kuat pula tu... haih!" tambah En. Kamil. Nita angguk-anggukan kepalanya kemudian dia menaip sesuatu di telefon bimbitnya cepat-cepat, lantas menekan ikon 'Send'....
Moralnya: Tahi orang sahaja yang busuk. Tahi sendiri tak ada berbau busuk. Ye ke?
.
13 comments:
aku suka petai samada jeruk atau tidak, juga jering dan kerdas (tak pernah jumpa jeruknya)
aku suka makan petai, tapi setiap kali lepas makan petai mmg nak ke tandas, rasanya petai ni elok utk cuci perut.. hehehe
azani,
buah kerdas baunya lagi power daripada jering, aku rasalah... dan memang aku pun tak pernah jumpa kerdas jeruk. Apa kata ko RnD kan..?
SMM,
Kalau tak silap, petai ada beri kesan diuretik, tu sebab nak kencing2 je.. .selain kesan afrodisiak.. hehehe
petaipun ada kesan afrodisiak yer.! balik nanti aku nak tibai sepapan dua. hehehe
eh. kesian kat Nita.! pada dak Nita, bau tahi dak bosnya camner eh.?!
:)
sepa,
aku tak pasti apa yang Nita tulis, jadi akutak tahu.... keh keh keh
haha...tang moral tu ye le kot...
hehehe..
.
.
.
.
cer kabor kat aku, siapa berak bau wangi harum macam bau lavender, ros atau at least macam bunga kemuning ke..
.
.
.
.
bukan apa...nak buat perangkap BAU. boleh produce buat penyembur rumah!! hahaha
taik tak kan wangi.
tapi.
kalau nak kencing wangi aku dah dapat kenal pasti.
1. minum air limau kasturi.
2. minum air pandan.
seriyes nih...
.
Tak de maknanya kalau najis berbau wangi.
Aishah,
moral tu yang penting... hahaha
Ash,
kalau berak berbau wangi, kira macam dapat itik emas la...
TM,
Ye ke?
ke ko saja nak kenakan aku?
Cer ko kasi sample air kencing sikit... hahaha
Waterlily,
Busuk atau wangi tak de bezanya ek...
kedua2nya najis... hahaha
ada sekali aku berak kat tandas R&R awan besar (kesas), ada bau sate pulak... boleh la mencangkung dengan aman, ditemani bau yang disenangi...
SM,
itu bau asap satay Hj Samuri kan?
memamng lunak la baunya.. hahaha
Post a Comment