Jika orang sedang lemas, dia akan capai apa sahaja yang ada untuk menyelamatkan diri.
Kepada yang mahu menyelamatkan orang yang sedang lemas, perkara ini sudah dimaklumi. Ketika aku mengikuti kursus kilat tentang lemas-lemas ni lamaaaaa dulu, jurulatih pernah pesan kalau nak selamatkan orang yang sedang lemas, jauhkan diri dari jangkauan tangannya. Malah, jika terlalu serius, pukullah bagi dia pengsan dahulu barulah ditarik ke tepian. Kalau tidak, kedua-duanya akan lemas.
Kepada golongan opportunist yang bukan di laut tetapi di darat atau di menara tinggi-tinggi atau di pejabat-pejabat yang dingin hawanya, situasi 'orang lemas' mungkin menjadi satu peluang yang baik. Kepada golongan sebegini, 'melemaskan' orang dengan sengaja atau tidak sengaja boleh membuatkan orang yang sedang lemas itu bersetuju dengan apa-apa sahaja yang golongan tadi sogokkan, meski pun seketul tahi.
Diantara kaedah melemaskan orang di daratan:
- berikan very-very tight dateline
- berikan kerja yang menimbun-nimbun banyaknya
- berikan pilihan yang banyak untuk dipilih dalam masa yang singkat
- berikan jadual mesyuarat yang bertindih
Kalau tak nak berikan, kita biarkan pula:
- biarkan tanpa sebarang kerja sehingga dia lemas dek kesunyian
- biarkan bekerja tanpa seorang anak buah atau pembantu
- biarkan tanpa sebarang pilihan atau opsyen untuk membuat keputusan
- biarkan tanpa sebarang komunikasi
- biarkan lemas dengan pendapatnya sendiri (yang lain kata" yes, boss. excellent boss")
Manusia, apabila sedang lemas, akan berbuat apa saja untuk kekal bernafas.
.
8 comments:
orang yg sedang lemas biasanya tidak pandai berenang atau tidak tahu teknik mengapung diri di dalam air...!!!
tapi, tak semua...
.
*eh. aku ada pengalaman perahu karam di sungai yang airnya mengalir deras...
aku rasa, aku nak tulis dalam blog.
.
teknik ni boleh guna masa bila?
Double meaning. Hikhik
Teringat pula kakang akan hal ayam mati di kepuk, itik mati di air. Masing-masing tak setakat lemas.
ko pernah melemaskan org?
Sepa,
Ko kah yang hampir lemas dengan Mat Beng di Pantai Merdeka 1990? Yang aku datang dan selamatkan ko?
Jeb,'
teknik boleh diguna masa ko betul-betul di kemuncak meroyan.... hahaha
fifie,
ya, ianya bergantung dari sebelah mana kita melihatnya... pilihlah..
Temuk,
sorang mati kelaparan dan sorang lagi mati kelemasan.... perkara mustahil tetapi masih tetap berlaku...
TM,
Pernah dan aku pernah juga dilemaskan. Dilemaskan dengan pandangan wanita diatas ketampanan aku... keh keh keh,.. dah sapa suruh tanya...
mintak nyawaaaaa...
mintak nyawaaaaaa...
.
TM,
Hah! Ko tengah lemas tu.
Cantik sangatlah tu.... aku boleh ambik kesempatan nih... hahaha
Post a Comment