Wednesday, January 30, 2013

Apakah yang kamu mahu buat dengan wang pencen?

.

Aku di PD. Bukan tepat-tepat di PD tapi ke selatan sikit.
Aku ada 'company retreat' selama 1 hari setengah di sini. Aku bukan nak cerita pasal 'retreat' itu tetapi yang lain.

Aku dan kawan aku tercari-cari tempat ini dan telah terlajak di salah satu simpang. Walau pun tempat ini berdekatan dengan pantai tetapi pantainya penuh dengan semak samun dan pokok Rhu yang tinggi menjulang awan. Hanya terdengar deburan ombak tanpa dapat melihat buih-buih putihnya. Dan malam ini aku mengantuk sungguh. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.

Berhadapan dengan tempat ini adalah satu kawasan perumahan banglo dan semi-D. Melihat kepada keadaannya, ianya seperti berpenghuni tetapi seperti tidak. Mungkin cuma rumah persinggahan. Bila melihat panorama sebegitu, aku teringatkan satu kisah... sepertimana yang diceritakan kepada aku.


Ada seorang pesara. Dia berhajat untuk pulang ke kampung dan bina kehidupan baru dan menghabiskan usia tuanya dengan orang-orang kampungnya - kampung yang telah lama dia tinggalkan kerana berhijrah ke kota. Apabila telah bersara, seperti hajatnya itu, dia keluarkan sebahagian besar wang pencennya dan membina sebuah rumah yang selesa di kampung itu. Antara hasratnya yang lain ialah mahu menabur bakti dengan cuba membawa perubahan kepada kampungnya.

Malangnya, perubahan yang dia cuba bawa itu mendapat reaksi yang negatif dari penduduk kampung... sosio-politik kampung berlainan dengan keterbukaan sosio-politik masyarakat kota. Orang-orang kampung serasa dia memperlekehkan mereka yang telah menetap lama di kampung itu. Mereka juga fikir dia itu hendak tunjuk pandai. Maka, hari demi hari, pergaulannya dengan orang kampung menjadi hambar walau pun niatnya baik.

Selain daripada itu, dia yang sudah lama tinggal di kota, dia sering menghabiskan waktu senggangnya dengan pelbagai aktiviti kerohanian seperti menghadiri ceramah agama yang di surau - masjid yang berlambak di kota. Dia juga boleh melihat aktiviti-aktiviti sosial yang dibuat oleh pelbagai pihak dan badan bukan kerajaan di sekitar kota. Dengan kata lain, banyak aktiviti boleh di dapati di kota.

Apabila dia pulang ke kampung, aktiviti-aktiviti yang biasa dia hadiri tidak ada di sana. Akhirnya, dia menjadi bosan. Sudahlah bosan, pergaulan dengan orang kampung juga sudah hambar.


Akhirnya, dia ambil keputusan untuk menetap semula di kota. Malangnya, harta dan wang pencennya telah terbenam di kampung apabila dia telah gunakan wang itu untuk membina rumah di kampung. Mahu tidak mahu dia terpaksa duduk dengan anaknya di kota sedangkan rumah besar di kampung terpaksa dibiarkan sahaja.


Orang yang bercerita itu menyimpulkan begini:

Kita bekerja dan hidup sudah lama di kota. Kita sudah bina 'networking' di kota. Kita ada kawan-kawan yang duduk tidak berjauhan di kota. Yang lebih penting, kita sudah biasa dengan selok-belok kehidupan dan aktiviti di kota.

Kalaulah kita beranggapan bahawa satu hari nanti apabila pencen, kita mahu bina rumah di kampung dan tinggal di sana, dan mahu memulakan hidup baru, fikirlah semasak-masaknya sebelum habiskan wang untuknya kerana wang pencen itu tidak seharusnya terbenam. Wang pencen itu seharusnya digunakan untuk kelangsungan hidup.

(nota: wang pencen yang dimaksudkan ialah wang KWSP (EPF) dan bukannya wang pencen bulanan)


Itulah sedikit cerita yang aku ingin kongsikan di sini...





.

19 comments:

Tijah said...

sangat setuju!!!
tanah kat kampung tu patut tanam buah je. sampai musim, balik ambik.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
wuihhh.... lajunya ko komen...
hahaha...

Tijah said...

Biasa la...ron97. Haha

Tijah said...

Biasa la...ron97. Haha

kucingorengemok said...

kalau mati dulu sebelum pencen, langsung tak dapat... (komen terkonar dari tajuk) hehe

Lady Windsor said...

aku nak p melencong..ehh melancong..tapi kenyataannya keje macam aku ni tak dah pencen..acaner tu

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Pergh.... tak nak guna yang bersubsidi tu... cayalah.... hahaha



KOG,
Kalau duit pencen dah habis tapi tak mati-mati lagi macam mana? hahaha




LW,
kalau gitu, lupakanlah hasrat nak melancong tu... boleh? hahaha

tasekM said...

aku dh beli rumah di sini.
dan alamat kad pengenalan pun sudah aku tukarkan ke alamat sekarang.
bermaksud.
di sinilah kampung aku kelak.
dan tak pernah fikir nak pindah ke mana2...



.

LydSunshine said...

Erm... terbuka mata aku kejap. Betul la kan? Aku penah gak terfikir nak balik kampung kalau dah tak kerja. Tapi mmg betul, kat kampung kadang2 lagi susah nak ada aktiviti keagamaan. Nape ye mcm tu. Dan org2 kampung agak susah nak terima org luar masuk ke dalam masyarakat mereka. Pesanan pakcik ni mmbuatkan aku tersedar.

Dr K said...

aku takde pencen..
aku plan nak pencen kat australia

Kniedaz said...

Amboi Daddy Ziyyad..jauhnya nak pencen...saya tak tau nak pencen kat mana...kat rumah sekarang ni je la...

sepa said...

...ko pulak nak duduk maner, bang.?!

*aku paham maksud nukilan ko itu "kenapa perlu kita menebang pokok yang dah besar, sedangkan pokok itu kita yang dah tanam seumur hidup..."
camtu la lebih kurang aku paham...

ke ko maksudkan... berpencenla dalam suasana yang aman dan ada harmoni...!!!


.
:)

secangkir madu merah said...

Kalau dpt duit KWSP nanti, aku nak simpan utk bekalan hari tua.. mintak2 pjg umur dpt rasa duit KWSP tu.. itu klu pikir utk jangka pjng klu pikir utk jangka pendek, aku ingat aku nak joli kasi habis.. hehehhehe...

SuzieLAWAti said...

kita dah tukar atas nama anak2...
klu kita mati dulu... anak2 akan dapat bahagian sama rata.. walaupon sikit... (sbb dah abis buat bayor duit rumah n buit blajo..sekarang nih..).. saya tiada harta laen dahh... selebeh nya pandai2 la dorang nak buat ape yg patut... uhhuuu... boleh gitu..?!..

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko pun cari makan kat situ, duduklah kat situ...



LyDS,
Itu kisah dia.
banyak lagi kisah orang lain yang boleh balik dan duduk di kampung. COntohnya, abang aku yang apabila cecah umur 40 tahun, dia decided nak duduk kampung... tapi dekat 3 tahun untuk kembali stabil dan mencari kawan2... dan 5 tahun untuk benar2 establish... sanggup?



Daddy Ziyyad,
Aku nak ikut... hahaha




Kniedaz,
kat mana bumi di pijak, di situlah langit di junjung...



Sepa,
aku maksudkan yang pertama tu... " jangan tebang pokok yang kita dah tanam bertahun2 semata-mata mahu ambil kayunya untuk dibuat rumah di daerah lain..."



SMM,
Temptation untuk joli sakan duit KWSP tu kuat .... semoga kita berdisiplin...


CPL,
itulah seelok-eloknya.
Aku pun dah letak penama Anak dan mama... taklah nanti menyusahkan yang hidup bila kita dah mati...



Unknown said...

habeh tu..aku takde pencen nak pakai duit sapa?

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
duit kerajaan le nampak gayanyer...

Unknown said...

Kerajaan bg 5ratuih jer...mcm mane nak wat rumah....adui

Nizam.Ariff said...

Lola,
5ratus tu untuk duit minyak + tol pergi cari ah long kut... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com