Wednesday, January 30, 2013

Mushroom Soup in a Bread at Big Plate...

.

Pernahkah makan sup cendawan di dalam roti? Sesetengah restoran ada menyediakan sup yang disajikan di dalam roti bulat begini. Aku selalu pesan sup ini jika singgah di The Big Plate, jalan dari S.Alam  ke Sg. Buloh.


Foto ehsan Google: foodspoting.com

Tapi pada hari yang itu, aku mahu pesan sup jenis lain pula. Aku mahu sup tomato tetapi disediakan di dalam roti seperti sup cendawan itu. Pelayan kata " tak boleh". Aku tanya kenapa, dia jawab " sup cendawan dan sup ekor sahaja yang boleh. Sup tomato cair sangat, nanti meresap keluar."

Jadi, aku pesan sup cendawan dalam roti untuk Mama dan Ariff, manakala untuk aku pula, aku pesan sup tomato. Pelayan itu kata sup tomato didatangkan sekali dengan 3 keping roti bawang putih bakar. Aku kata "Ok..."

Dan apabila sampai pesanan itu, kami pun makan....


Sup tomato. Sedap. Tak masam sangat dan tak pahit. Mungkin sebab dia buang biji tomato tu...


Dalam pada menunggu pizza yang kami pesan, kami hirup dulu sup-sup yang telah sampai. Untuk sup cendawan, kami korek isi roti dan kami gaulkan dengan sup cendawan sehingga menjadi pekat likat. Kami korek dan gaul sehinggalah dinding roti itu nipis dan sup cendawan telah benar-benar pekat. Kami makan bergilir-gilir, suap menyuap seperti 'baby kecik makan nestum' ... aaa gaaa.. aga ga.. agoogoo...

Kemudian, tiba pula sup tomato. Oleh kerana hanya diberikan 3 keping roti bawang putih, kami cubit sedikit demi sedikit roti sup cendawan tadi dan kami cicahkan kepada sup tomato. Sedap. kami cubit dan cicah lagi. Sedap. Pizza masih belum sampai. Kami gunakan 3 langkah ini: 'cubit, cicah, kunyah.... cubit, cicah, kunyah... cubit...! '



Mana rotinya? Sudah langsai ...

Aku lihat beberapa pelanggan lain hanya hirup sup cendawan sahaja. Roti bulat itu masih elok bertutup dengan penutup yang diperbuat dari roti juga. Adakah aku ini 'kekampungan' seperti tak pernah jumpa roti? Ataukah merekalah yang membazir roti (yang juga adalah makanan ruji di sesetengah negara miskin?)





.

12 comments:

Qashmere said...

Saya pernah makan mushroom in bread ni. memang sedap. tapi takde la sampai roti tu abis kekekekeke...takper dah nama pon roti untuk di makan. makan aje...

Lady Windsor said...

Ko patut try sup herba cina dalam kelapa bakar, pelik gila rasanya tapi aku habiskan juga masa disuruh try tu..katanya bagus untuk detox..ntah aku tatau ye ke tidak.
itu sup dalam roti aku rasa weird sket sebab roti cepat kembang..tapi sup cendawan dan tomato tu marbeles kan..

Nizam.Ariff said...

Qashmere,
Aku rasa macam orang Jakun pula... segan pun ada bila habiskan roti tu... hahaha




LW,
Ada ek sup macam gitu? Aku ingat sup cina tu jenis yang letak ayam hitam sekor lepas tu kukus 4 jam dalam periuk tanah. Yang sup dalam kelapa pulak tu jenis air liur basi burung layang2... hahaha

LydSunshine said...

Eh, roti tu orang lain tak makan ke? Saya tak pernah lagi order mushroom soup dlm roti. Tapi kalo order, saya dah terbayang nak makan roti tu. Kiranya kita geng la Nizam. Hehe.

tasekM said...

makan je.
pedehal.



.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Hoyeee... kita makan roti... jangan suka membazir...

Tapi kalau tak silap kulit roti tu orang tak makan sebab biasanya roti keras tu kena baling2 letak entah kat mana2, pegang dek tangan2 kototr ke hape... dengan kata lain, kulit roti itu menjadi kulit yang melindungi isi roti di dalam. jadi, sayugia di potong buangkan.... hahaha

Nizam.Ariff said...

TM,
Yup, pedulikan orang kata, kan..?

secangkir madu merah said...

Dah lama tak pergi The Big Plate kat Subang Permai tu mkn sup mushroom dlm roti yg diletakkan batang saderi sekali.. hahaha.. dasyat makan sampai habis dikeruk roti bulat tu..

SuzieLAWAti said...

semalam pegi makan sup cendawan dengan kak Dr Singa....huhu...

aza ni said...

zaman medievel pinggan dari roti,

Nizam.Ariff said...

SMM,
sekarang dah payah nak kuar dari situ, kena buat u-turn jauh ....



CPL,
hah.. kebetulan la tu... tapi tempat lain ek...


azani,
aku dengar pun gitu... habis makan dia orang makan pinggan roti tu pulak eh....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com