Tuesday, January 1, 2013

Di Pagi Tahun Baru 2013

.

Pagi-pagi Tahun Baru Matahari 2013, aku dapati jalan lengang. Orang berjual nasi lemak pun nampak macam tak laku sangat. Masih bertimbun bungkusan nasi lemak separa daun pisang + separa kertas perang. Jam sudah berdenting 9 kali (kalau jam pada telefon bimbit aku boleh berdentinglah) tapi gerai nasi lemak yang biasanya menjadi tumpuan orang pada jam 7-8 pagi masih lagi lengang.


Saban kali kalau ada cuti yang jenis pesta-pesta senegara atau sedunia, akan beginilah keadaan pada pagi esoknya. Baik Hari Krismas, Tahun Baru atau Piala Dunia... yang tidak cuma Hari Raya Puasa, Raya Haji dan mungkin juga Tahun Baru Cina kerana ada rutin ibadah pada paginya, kerana ada upacara keagamaan pada paginya.


Minta maaflah, aku telah meletakkan stigma yang degil dan kotor dalam kepala otak aku tentang fenomena Tahun Baru + Pagi-Pagi Masih Lengang. Bagi aku, ramai yang dah tidur lewat dan bangun pun melepasi Subuh duha. Bagi yang jenis pesta sakan tak ingat dosa pahala, aku terbayangkan mereka muntah kuning selepas minum arak.


Aku faham kalau ianya berlaku di bandar yang majoritinya dihuni oleh manusia-manusia yang agamanya tak haramkan arak dan tak payah solat Subuh. Ia telah sedia maklum, itu cara mereka.


Tapi yang aku ceritakan di sini ialah di S.Alam, yang majoritinya adalah Melayu Islam.

Kemanakah perginya mereka pada pagi Tahun Baru?

Kasihanilah Makcik Wok yang mahu berniaga nasi lemak di hentian bas.

Makcik Wok mahukan sedikit duit kamu semua untuk bayar yuran PIBG....! 







.

4 comments:

sepa said...

ini aku dah baca.! salam...


(*eh. ko pergi jumpa sama itu Makcik Wok. Borang BERIM Dua dah keluar, pun limaratus jugak, bulih buat beli sugi... errr... ko tolong isikan untuk dia yer.!)


.

LydSunshine said...

Derang cuti sebab nak antar anak gi skolah ari ni. Dah lepas selesai urusan kat skolah anak2 baru derang beli sarapan kat makcik wok tu. Kot.

Jna marcello said...

untung laa dpt cutiii anto anakkkkkkk Na boring dah kerjaaaaa acano?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Makcik Wok terer... dia bukan buta huruf... dia boleh isi borang tu sendiri dgn sebelah mata je..


LyDS,
ya.. ya.... kita bersangka baik...


Jna,
Bukan hari tu baru pegi jalan2 holiday ke?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com