Wednesday, January 2, 2013

Apabila Aaron Aziz mula menyanyi...

.

Alangkah senangnya kalau berpindah rumah itu sesenang memetik bunga di taman-taman bunga. Alangkah mudahnya kalaulah berpindah rumah itu seperti memesan 'pijja had'. Alangkah cuma tinggal alangkah... harapan kosong. Aku penat... sakit pinggang.... sakit tangan.... sakit tengkuk...

Oleh kerana TV belum dipindahkan lagi, hanya radio buruk berusia 14 tahun yang menemani aku siang dan malam ketika kerja-kerja menebuk dinding dan memasang skru pada 'jigsaw'.... yang jika berjaya... wallaaa!! jadilah meja.... wallaaa! jadilah almari... wallaa wey! jadilah rak sangkut tuala dan penyidai baju.

Dan dalam sehari, aku rasa dekat 4-5 kali aku dengar Aaron Aziz menyanyi.... dan apabila Aaron Aziz menyanyi, aku syak ada juga dua tiga kerat laki mula karang lagu buat bini masing-masing...









.

8 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Semoga sepanjang 2013 dan tahun-tahun mendatang Allah terus memberi kebahagiaan dan keberkatan. Pindah rumah baru, ya? Tak mengapa kalau banyak bahagian badan jadi sakit kerana berpindah, asalkan hati rasa seronok. Ono kenduri umah baru ke?

Nizam.Ariff said...

Temuk,
Aku ucapkan dan doakan jua buat kang Temuk. Hati rasa lapang kerana lapang sikit rumah yang ini tapi hatinya bertambah risau, kang. Risau kena fikir nak bayar 30 tahun lagi... Inilah yang Saidina Ali (RA) pernah kata 'cari ilmu, ilmu jaga kita tapi cari harta, kita kena jaga harta'...

Lady Windsor said...

Selamat tahun baru, rumah baru...
Beb dalam tempoh 20 tahun dok KL aku pindah 10 kali caya dak? memang orang kata papa kedana kalau pindah lebih dari tujuh kali kan..papa kedana sebab pinggan mangkuk aku banyak pecak sebab bila angkat barang, berat wehh...badan sakit tok sah kata lah..ambil masa nak dekat setahun juga nak kemas barang segala bagai. akhirnya berbaloi sebab lepas ni kalau aku pindah pun adalah 'perpindahan' yang kekal dan tak akan ke mana-mana dah..

Selamat menghias rumah baru ya. bila nak buat housearming party?

tasekM said...

pelan2 kayuh bro.
dah siap semua sok... ko tidur malam pun senyum je...



.

LydSunshine said...

Kalau lah berpindah semudah tu, setiap tahun aku pun nak pindah2 umah. Ko bersabor je la. Nanti dah selesai semuanya ko akan rasa lega yang tidak terungkapkan.

Nizam.Ariff said...

LW,
perpindahan kekal?
Uhh... semacam je bunyinya... hahaha
Aku tak buat house warming2 nih.. aku bukan jenis suk parti-parti koktel panggil orang suh tgk dapur, bilik, rung tamu plaster syilling ke apa ke... kami solat hajat dan baca surah Al-Baqarah anak beranak je pada malam pertama...


TM,
nak kayuh guna apa je... dayung dah reput... hahaha


LyDS,
ya.... cuma sementara proses ni belum habis, peritnya tu memang terasa sungguh... huhuhu




sudipVSsenduk said...

jangankan menjanyi, bila Aaron Aziz sendawa pun terasa merdu bunyinya

Nizam.Ariff said...

sudip,
Kah kah kah... tak bleh blah akak punya komen....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com