.
Hasri suka. Dia suka dengan kemampuan handphone
terbarunya kerana ada kamera. Sebelum ini, handphonenya tiada berkamera.
Hasri seharusnya bersyukur apabila handphone lamanya telah rosak akibat
terjatuh ke dalam lubang tandas.
Oleh kerana
handphone barunya, walau pun murah, berkamera, Hasri sering jalan-jalan
di sekitar pekan kecil yang agak jauh di pedalaman itu. Dia akan ambil
foto kucing kurap, burung merpati, pokok-pokok tua yang hampir menyembah
bumi, makcik-makcik menjual kuih di bawah gerai payung dan lain-lain
lagi. Apabila malam, dia akan lihat kembali foto-foto yang diambil
siang tadi.
Hari itu, Hasri jalan-jalan lagi
di pekan itu. Ketika dia terbongkok-bongkok di tepi longkang,
tiba-tiba "GEDEGANG!!!", Hasri dikejutkan dengan satu bunyi yang kuat. Dia
tercari-cari arah bunyi itu. Kemudian dia ternampak beberapa orang berlari.
Hasri ikut berlari menuju arah yang sama, di balik deretan kedai sana.
Sah.
Ada kemalangan baru berlaku. Semakin lama semakin ramai yang datang
melihat. Ambulan belum sampai pun lagi. Polis pun belum sampai lagi.
Tetapi ada beberapa orang sedang cuba menarik keluar sekujur tubuh dari
bawah perut lori ikan. Tidak jauh di belakang lori ikan itu ada sebuah
motorsikal hampir remuk.
Sebaik sahaja ditarik, mangsa
sudah tidak bernyawa. Pemandu lori pula sudah lari entah ke mana,
mungkin kerana takut dipukul oleh orang ramai.
Hasri
teringatkan handphone berkameranya. Dia susup-sasap mencelah orang
ramai untuk mendekati mangsa yang terbaring kaku. Apabila sudah dekat,
Hasri ambil foto wajah mangsa. Kelihatan mangsa masih sempurna seperti
tiada kecedaraan, malah darah pun hanya sedikit yang keluar dari hidung
dan telinganya. Matanya pun tertutup rapi. Mungkin cedera di dalam
badannya, bukan di luar.
Malam itu, ketika sedang baring-baring di atas katil di dalam biliknya, Hasri teringatkan
mangsa kemalangan siang tadi. Hasri capai handphone dan buka folder foto.
Berkerut dahinya. Seakan-akan ada sesuatu yang aneh dalam foto itu.
Hasri zoom wajah mangsa. Hasri lihat mata mangsa itu terbuka luas...
terbeliak besar!
Seakan-akan mangsa itu marah kepada
Hasri. Rasa seram mula memagut hatinya. Hasri tutup semula handphone tetapi wajah
mangsa dengan mata yang terbeliak besar itu masih melekat dalam kotak
kepalanya. Hasri pejamkan matanya. Dia cuba melupakan imej yang
menyeramkan itu tetapi tidak berjaya.
Tak boleh jadi.
Hasri buka matanya dan ketika itulah wajah mangsa terpampang di depan
mukanya. Hasri menjerit-jerit ketakutan.....!
Sudah seminggu Hasri tidak dapat melelapkan matanya dengan tenteram kerana setiap
kali dia pejamkan matanya, wajah mangsa yang terbeliak merah akan
menjelma dalam kotak kepalanya. Dan apabila dia bukakan matanya pula,
mangsa kemalangan itu tadi sudah pun berdiri di tepi katilnya....!
.
16 comments:
oi! takutnya!
mmg seriau r
kniedaz,
selepas ni, hati-hati kalau tengok foto di dalam handphone.... hahaha
cheqna,
pernah ada pengalaman kah?
alamak..takutnya..apa lagi larilah...
nasib baik mata tu tak kelip2.
.
ummuaidan,
nak lari ke mana...
imej tu dalam kepalanya... ahahaa
TM,
Hahaha... nantilah aku bikin citer yang jenis kellip2 mata nih...
nasib baik baca entri ni disiang hari hehe
salam kenal..follower ke 230..:)
kalau mimpi ngeri org kata sebab tak basuh kaki sblm tido... cuba suruh Hasri cuci dulu hendfon sebelum masuk tido
terasa mengantuk pulak eh...!
Kamsiah,
Akan tiba malamnya nanti... bersedialah..hahaha
Sudip,
Kalau gitu, sah dah imej dalam handphone tu hilang... hahahaa
Sepa,
Hah.. tido la..
nanti ko tau la apa yang berdiri sebelah sofa ko...
(ko tido atas sofa je kan?)
Jujurnya, aku tak faham apakah itu BADI Mayat. Dalam Islam, tak pernah ajar kita tentang badi ini. Manusia yg telah meninggal dunia, tiada kuasa apa apa utk menakut nakutkan manusia yg masih hidup. Bagi aku, itu cuma mainan minda, yg terlalu takut, yang akhirnya 'mata akan nampak, apa yg hendak di nampak, otak akan fikir, apa yg hendak difikir'. Dan kat sinilah mainan syaitan yg direjam, syaitan akan menyelusup masuk menerusi saluran darah manusia, menankut nakutkan lagi akan ' badi'.
Bukan aku hendak bercakap besar, sebab aku sendiri pernah handle mayat, zaman aku belajar dulu..zaman aku kerja...Yg penting,doa kepada Allah, dan yakin padaNya, bahawa hanya Dia yg maha Berkuasa. Kalau nak diikutkan badi, jenuh la pakar forensik & MA di bilik mayat kena kejar dek hantu! hahaha
Daddy Ziyyad,
Aku pun sependapat dengan ko...
Ia hanyalah mainan minda...
juga mainan syaitan.
Itu sebabnya, orang tua-tua kata kalau lemah semangat senang terkena badi...
Daddy Ziyyad.....
Bila ko cerita pasal pengalaman dengan mayat di hospital, aku harap ko bukan yang dalam cerita yang ini:
http://www.akuyangakut.blogspot.com/2012/03/kisah-seram-di-bilik-mayat-di-hospital.html
Hahaha....
UUUuuuuUUUuuu~
kah kah kah....Wehhhh..cerpen ni semua kau yg karang ke? Nama medical student tu pun Hasri, macam nama dlm cerpen kau kali ni...Doktor Rasyid makan telo rebus, busuk gila wehhhh..hahahahaha
hazen,
tu bunyi hantu ke?
Hahaha....
Daddy Ziyyad,
Kakaka.... ko ada pengalaman macam tu tak?
Haah, tu semua aku punya... Hasri tu cuma watak.. orangnya berbeza-beza ikut cerita...
Post a Comment