Monday, April 22, 2013

Rambut putih... sudah tua rupa-rupanya....

.

Di langit. (lihat langit). Ada bulan dan bintang.
Aku menghitung, membelai helai-helai rambut putih, banyak tak terhitung.
Aku mencongak, menilai setiap inci kedut dan keruping pada wajah hodoh.
Sudah lama... sudah tua.
Namun bulan dan bintang jauh lebih tua. Namun tiada kedut pun pada wajah bulan.
Tiada hilang pun kerdipan bintang.
Aku genggam tangan yang kurus dan tinggal tulang itu. Runcing jarinya.
Kuning sudah kukunya. Kotor.
Ibarat segala benda yang dipegang-genggam oleh tangan itu. Kotor.
Aku cium bau tubuhnya. Hapak. Busuk. Hanyir.
Daging-daging yang terbentuk dari makanan yang dimakan sepanjang hayat.

Aku tenung cermin yang tak memaparkan apa-apa bayang pun. Kosong.
Sedangkan aku sedang membelai rambut putih.
Sedang menatap wajah berkedut seribu dan berkeruping pula.
Sedang memegang tangan yang kurus, jari yang runcing, kuku yang tajam.
Sedang menghidu bau hapak, busuk dan hanyir.
Tapi pada cermin itu tiada paparan langsung.

Lalu aku lepaskan semuanya.
Aku jauhi semuanya.
Perlahan-lahan ia terapung-apung dan terbang.
Terbang meninggalkan aku.
Terbang menuju ke tanah perkuburan...




.

8 comments:

Unknown said...

aku baca 2 kali bagi memahamkan entry ko...hehe...aku ni lemah sikit bab2 sastera ni...

apa2 pun usia kian bertambah...so siap sdialah dengan bekalan yg cukup bagi menghadap Tuhan yang maha Esa..

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
ya.. ya...
bekalan sentiasa tak cukup.kalau cukup pun akan tiris dek bocor sana sini... tak pernah cukup... tak pernah penuh...

Angah said...

ermmm selepas membaca puisi kamu ini terus menyelak rambut sendiri...huhu...aku juga sudah mula beruban!

Nizam.Ariff said...

Angah,
jom terbang ke kubur... hehehe

aza ni said...

yang takda tu kira lagi dulu....i mean rambutpun tiada,,

Nizam.Ariff said...

azani,
tak de rambut tu dah kira macam mileage counter tu dah reset balik ke '0' lepas '9999999'.... hahaha

sepa said...

puisi nih lain dr yg lain yg ko pernah tulis...

sebabnya, ada conclusion. lebih mudah paham eh.! :)


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
ahh... ko ni jenis jump to conclusion je...

ni bukan puisi la..
aku cerita tapi aku tak buat perenggan supaya senang orang nak baca satu ayat per satu ayat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com