Thursday, April 18, 2013

Memancing Masa Hadapan

.


Mungkin istilah memancing kurang kena di sina.
Tetapi aku rasa istilah memancing itu amat kena di sani.

Aku tak menulis tentang senario politik yang semakin hangat sekarang ini.
Hangat dengan berita-berita yang entahkan betul entahkan tidak.
Berita-berita yang hanya diambil dari 'tukang cerita' yang lembut gigi dari lidah.

Aku menulis tentang masa hadapan tempat aku kerja ini.
Kerana jika kita mahu memancing masa hadapan, umpannya perlu kena pada tekak si ikan.
Apabila ikan ada selera mahu menjamah umpan, barulah boleh dipancing masa hadapan itu.
Kerana pada masa hadapan, ikan-ikan pada masa kini perlu dibiak-tetaskan.
Supaya nanti pada masa hadapan, akan ada banyak ikan untuk dipancing dan dimakan.

Oh ya, apabila aku fikirkan semula, aku rasa istilah memancing itu kena sama ada di sini
atau di sana...






.

10 comments:

cinta said...

Aku nak menjala.
Tamak.
Hee..

Kniedaz said...

konsepnya sama kot...skalanya je lain...

Nizam.Ariff said...

cinta,
jala??!!!
Itu semua masuk .. kura2 pun boleh dapat tu... hahaha



kniedaz,
ya... skala yang kat sana tu silap2 boleh masuk neraka tingkat bawah sekali kut...

Lily Abdullah said...

Beza antara memancing, menjala & memukat tentulah skala & peralatan yang digunakan.

Mangsanya pun dah tentu berbeza sikit kut. ke semua kena libas.

Tapi aku rasa kan, orang yang menuba ikan lagi tamat dan kejam.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Wow! Kalau tuba tu dah kira darurat lah.. .hahaha

aza ni said...

kasi karan atau tuba je boss

aza ni said...

bom pun boleh

Nizam.Ariff said...

azani,
bom nanti perut barai... hahaha

sepa said...

ko memang sengaja eja 'sina' 'sani' kan.?!



.

Nizam.Ariff said...

sepa,
seni abstrak dalam bentuk tulisan.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com