.
... dan dalam banyak-banyak kupu-kupu itu, salah seekor terbang menyisih angin, menyongsang arah menuju ke tempat lain yang tiada satu pun kupu-kupu lain yang terbang ke sana. Kupu-kupu yang seekor itu dikatakan melawan arus, keluar dari kelompok sosial. Satu komplot seni pun berakar, bertunas lalu membatang keras dalam kelompok itu.
Angin membawa kelompok itu hanyut jauh ke dalam hutan tetapi kupu-kupu yang seekor itu terbang menuju ke puncak gunung. Dakiannya melawan angin amat melelahkan. Tidak tahu apakah motivasi sebenar ia. Adakah kerana ia nampak apa yang ada di puncak gunung sedangkan yang lain tidak nampak? Ataukah ia hanya mahu keluar dari kelompok kupu-kupu yang hanyut dibawa angin dan tidak kisah ke mana pun ia pergi asalkan tidak bersama-sama kelompok itu lagi?
Pendakiannya sukar...
Amat-amat sukar..
.
15 comments:
kalau aku, aku akan pilih yang menyongsong angin itu...
LW,
pendakiannya sukar... amat-amat sukar..
hahaha
ayat ni macam berbelit-belit..haha
dia seekor je yg bawak PAPAGO.
rare dan tersendiri...ada yang dikejar kot..
sukar tapi kalau tercapai sangat berbaloi...
Qashmere,
nak cakap tapi tak nak cakap... ni la jadinya...
SVS,
KAKAKAKAKA....
Yang lain tu habis sesat barat ke dalam hutan la tu...
Kniedaz,
mungkin juga kerana nak bawak diri...
Aishah Jahirah,
kalaulah tercapai... kalau laaa...
Kupu kupu bionik atau Super Kupu Kupu..
Sebab kupu kupu biasa, mmg tak mampu panjat gunung...pancit di tengah jalan..
hahaha
Daddy Ziyyad,
satu spesis dgn transformer Decepticon.. hahaha
merajuk dgn.geng dia lah tu, sebab tu nak menjauhkan diri,walau terpaksa bersusah payah.
puteri purnama,
mungkin juga...
mungkin juga kerana ada sesuatu...
Power puff kupu kupu!!
Ash,
kupu-kupu, walau rapuh, tapi kuat terbang... kan?
kupu sampai puncak
azani,
tapi keseorangan...
Post a Comment