Wednesday, June 12, 2013

Menanam padi di rumah

.

Cerita pasal pokok padi.

Beberapa bulan lalu, aku minta sedikit benih padi daripada abang. Dia pelik, di mana aku akan tanam nanti? Tapi dia berikan juga. Tak banyak, dalam sepuluh butir padi. Cukuplah. Bukan aku nak tanam seekar.

Mula-mula aku rendam benih itu di dalam bekas plastik. Selepas sehari, kulit padi itu mulai kembang dan sedekit pecah. Kemudian aku taburkan benih padi tadi ke bekas lain yang aku isikan dengan tanah lembab. Aku pastikan tanah itu lembab setiap pagi dan petang dan aku letakkan bekas itu jauh dari sinaran langsung cahaya matahari.

Selepas anak padi tumbuh dalam 1 inci, tiba masanya aku tanamkan di tempat yang lebih besar dan selesa untuk ia tumbuh dan matang. Masalahnya di mana?

Aku teringatkan pasu untuk memukul telur untuk dibuat bahulu yang aku ambil dari Emak di kampung! Ya, pasu tembikar yang tak berlubang itu sesuai untuk aku masukkan tanah dalam sejengkal dan aku masukkan air lebih kurang 2 inci dari paras tanah. Kemudian aku tanam anak padi tadi.

Kemudian aku bajai dengan baja Urea dan aku pastikan tetap ada air yang bergenang tanpa jentik-jentik. Kalau ada jentik-jentik, aku tuang air itu sehingga kering dan aku masukkan air lain. Ingatkan di Shah Alam yang berstatus bandaraya ini tidak ada musuh tradisi padi. Rupa-rupanya ada! Aku lihat ada Ulat Gulung Daun. Nasib baik aku sempat nampak tapi dari 10 pokok, yang terselamat hanyalah 5 batang sahaja.

Setelah hampir 2 bulan, ia mulai berbuah...






Pada kali ini, musuh baharu mulai muncul, mulai mencuri ruang untuk mengintai padi masak... Burung Ciak! Mungkin aku kena cari Burung Pegar untuk mengawal Burung Ciak...

Kalau ada rezeki, mungkin dari 10 butir biji padi tadi aku akan mendapat 100 biji padi. Kemudian aku semai 100 biji, akan jadi 1000. Kemudian jadi secupak, kemudian jadi segantang... selepas 10 musim, aku mungkin kena panggil mesin padi datang ke rumah untuk tuai...

Angan-angan Mat Jenin...





.

12 comments:

Qashmere said...

eh boleh ke tanam padi di rumah? hehehe

Qashmere said...

eh boleh ke tanam padi di rumah? hehehe

Lady Windsor said...

hello..dontchu ever-ever kata angan2 mat jenin tau!
sebab zaman la ni pepatah tu memang laku dan diguna pakai...
daripada angan2 dan planning dalam mindalah ia akan jadi kenyataan..
aku cam besa, suka berangan..banyak angan2 aku dah jadi kenyataan..contohnya....denggggg!!! eh mana buleh citer sini beb...hahaha

Nizam.Ariff said...

Qashmere,
Boleh...
Tanam di rumah tetapi di dalam pasu.. boleh je... hahaha


LW,
Denggg!!!... bunyi angan-angan yang pecah musnah je..?
hahaha....

smRose said...

salam,
lawak! sy ketawa membaca angan2 tu

Kakzakie Purvit said...

Terpegun kakak dgn kesungguhan ini. Tak sangka cempedak menjadi nangka. Kalau betul-betul banyak pasu kakak rasa boleh dapat banyak pokok...

Umm AA said...

Satu percubaan yang baik..cuma khuatirkan untuk proses jadi beras jer..kalaulah boleh tumbuh dgn mudah gitu best jgk kan..bolehlah tanam padi dilaman sendiri..

hairul392 said...

Bagus untuk anak2 kita sekarang.. masih tak kenal pokok padi... ada yang jawab pokok buah beras...

ASH said...

Tadi baru ajar anak murid eja ' pa di'...
Pastu tanya demer..' padi' tu apa?
Haram tak tahu..
.
.
.
Jenuh le cikgu...
Rasa nak suruh kak pah buat rombongan pergi bendang lepas ni...

Nizam.Ariff said...

SMrose,
Kah kah kah... tak sangka dakwat tak-kekal pilihanraya menjadi avatar ikon tu..


kakzakie,
eh... ini yang nak beli pasu bahulu barang 1000 biji lagi nih... hahaha



ummuaidan,
rasa2nya kena tumbuk tyle jaman dahulu la kut... hahaha


Dak Ai,
ada ek orang kata gitu?
nanti kalau anak ko nak tengok pokok beras, meh la datang ke sini...


Ashley,
alaaa.. tunjukkan je la entri aku ni... mesti faham punya... hahaha

Jahirah said...

tu dia tanam padi tu...jgn main2...xpe nanti beli tanah boleh tanam berekar2...impian xmustahil utk jd kenyataan...

Nizam.Ariff said...

Aishah Jahirah,
sikit boleh la...
kalau dah banyak, lain macam jadinya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com