Wednesday, July 31, 2013

Kuih istimewa di Pagi Syawal... Karipap Sengih

.


Edisi Karipap-Karipap Sengih boleh disediakan dengan resepi dan ramuan yang sama seperti karipap-karipap yang lain cuma ada beberapa proses yang ditambah untuk mendapatkan kelainan dan persembahan hidangan yang lebih menarik.

Karipap Sengih ini sesuai untuk dijadikan sebagai kuih hiasan dan diletakkan di atas karipap-karipap berbentuk biasa dan monotonous. Salah satu kelebihan Karipap Sengih ini selain bentuknya 3D dan menarik, ialah ianya edible ! Boleh dimakan sekali sama seperti karipap yang biasa dan monotonous itu.

Kepada mereka yang dikategorikan mempunyai imaginasi tahap tinggi, Karipap Sengih itu seperti mulut yang terbuka dan bibir yang lembab, seperti ingin membisikkan sesuatu di telinganya... 'Tunggu apalagi, nikmatilah (kelazatan) I semasa masih panas-panas...'






Inilah yang terjadi apabila karipap yang telah di kelim tetapi lambat di goreng... dan dibiarkan di bawah kipas angin dan terlupa pula nak ditutup dengan tuala lembab...




.

16 comments:

wakgelas said...

bukan rejeki tu makk.,ahHKs

Nizam.Ariff said...

Wak,
masih rejeki, masih boleh dimakan... hehehe

Umm AA said...

hehehe...ada jgk karipap sengih..leh jer makan panas2 gitu..tp jgn idang tetamu raya lak..:)

jeb said...

hmmmm..bulan2 puasa macam ni imaginasi jadi tinggi semacam..

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
yang tersengih tu tuan rumah makanlah dulu kat dapur.. hehehe


Jeb,
kalau gini nampak gayanya kena sambung puasa 2 bulan berturut2 lepas raya nanti...

cinta said...

ha ah, betullah, 3d.

Kniedaz said...

Favourite aku tu...sengih pun boleh dimakan...krup krup gitu

Nizam.Ariff said...

cinta,
ingat kat wayang je 3D .. kans? hahaha


kniedaz,
yup.. sama je rasanya, cuma bentuk je catat dan menggiurkan...

sudipVSsenduk said...

cross section

Nizam.Ariff said...

SvS,
Hah? mende apa tu?

sudipVSsenduk said...

arkitek kalau buat drawing perlu ada cross section/keratan rentas utk lihat bahagian dalam building tu :)

Nizam.Ariff said...

SvS,
Ooo.. pernah tengok kat model rumah... camtu ek..

Lelaki said...

macam2 la...hehe

Nizam.Ariff said...

Lelaki,
hehehe..

aza ni said...

sedap

Nizam.Ariff said...

azani,
ko pernah merasa, tu yang tau sedapnya bagaimana..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com