Monday, August 26, 2013

Pahlawan Ali

.

Mula-mula sekali, aku minta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung tapi aku benar-benar keliru.


Aku rasa serba salah kalau ada iklan Ali Cafe muncul di kaca TV, dengan Fahrin bertukar jadi hulubalang Melayu yang bukan sahaja lincah berpencak malah pandai menari.

Serba salah aku datang apabila melihat dia menari dengan mulut sering ternganga. Aku asyik terfikir, dia menari pop-moden atau breakdance atau bersilat?

Dan yang paling aku tunggu-tunggu ialah aksi akhir Fahrin yang memakai baju hulubalang melayu membongkok sambil membengkokkan lengan dan menjerit 'Kuat!!!'.

Diakhir iklan itu, aku cuba nak pastikan jari yang mana dia luruskan ketika menjerit 'Kuat!!!'........ jari telunjuk atau jari hantu?






.

12 comments:

ASH said...

Aku sebenarnya tak berapa nak faham message iklan tu...
.
.
.
Elok nak berkenan jadikan fahrin tu menantu...terus hilang selera!
^_^

Nizam.Ariff said...

Ash,
Tapi air kopinya kira pekat gak, sedap...

tasekM said...

setiap kali aku tgk iklan tu... aku rasa kesian kt FA.
dia tak boleh menari.
kayu!



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tapi dia kata.. 'Kuat!!!"

jeb said...

ini antara iklan paling fail pernah aku tengok. sama level dengan iklan tora datang lagi.

t.a.t.a said...

dah nama nya pun iklan. tak masuk akal, tak betul, biasa la tu. siapa agaknya yang meluluskan iklan macam tu? tak tertawa sinis ke?

LydSunshine said...

dan aku plak rasa fahrin tak sesuai terkinjakinja.

cinta said...

director iklan yg salah.

Nizam.Ariff said...

Jeb,
Aku pun rasa gitu tp itulah juga yg disebut sebut org nanti...tercapailah juga tujuannya.


Tata,
Dah lulus maknanya dah lepas tapisan.


Lyds,
Aku rasa yg sama...


Cinta,
Mungkin juga pelakon yg tak betul...

Dr K said...

Antara iklan paling sampah...
Dan aku hairan, kenapa Fahrin sanggup jatuhkan level dia sebegitu sekali ( dgn sanggup jadi model)...bayaran mahsyuk pastinya :)

t.a.t.a said...

Bayaran masyuk mungkin salah satu sebab nya. antara lain mungkin dia fikir populariti dia dah merundum kot. so kena bagi stabil pada rating dia. apa-apa job pun terima aje la.

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Aku pun rasa ia merendahkan keupayaan FA..

Tata,
Konsep Pahlawan dgn FA dah masuk dgn imej maskulin yang dia ada.. tapi janganlah suruh menari... jarnag orang maskulin menari macam tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com