Monday, August 26, 2013

Usaha tangga kejayaan...

.

Bak kata orang, 'sungguh terasa kelatnya, bak buah masih muda'...


"Shah Alam: Impian pasangan suami isteri untuk menunaikan ibadat haji akhirnya dimakbulkan Allah walaupun mereka hanya mampu mengumpul duit syiling hasil jualan payung pada setiap hujung minggu sekitar bandar raya ini sejak empat tahun lalu....

Jamilah berkata, setiap bulan suaminya yang masih boleh memandu akan ke Bangi untuk menyimpan hasil keuntungan dan ia biasanya membabitkan duit syiling kerana wang kertas digunakan untuk keperluan perubatan dan perbelanjaan lain.

Katanya, dia dan suami masing-masing menghadapi masalah kesihatan dan hanya mampu menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke setiap lokasi, namun ia tidak akan menjadi halangan untuk mereka beribadat nanti... "
 
Sumber: myMetro



Bagaimana sebuah usaha yang diberkati akhirnya mendapat apa yang dihajati.
Mereka mengambil masa 4 tahun untuk mengumpulnya.
Sedikit demi sedikit.
Kalau hendak seribu daya.
Kalau niat sudah ada, mudahlah segala-galanya.

Bagaimana pula dengan aku?

Errr.......




.

9 comments:

Su @ Aya said...

Kalau hendak seribu daya...
Mudah pula Tuhan lorongkan jalannya.

Tp yg hendak, Tuhan belum buka jalan... mungkin belum masanya, kot. Hehe..

Kniedaz said...

kita pun kena ada niat dan usaha seperti itu...

Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
Kawan-kawan kata, nak ke sana tu pun satu rezeki juga, maknanya kalau ada rezeki barulah dijemput.. entahlah.


kniedaz,
mungkin usaha kita kena lebih sebab ada rezeki sihat tubuh badan... tapi itulah, aku lebih bercakap kepada diri aku sendiri je nih...

ASH said...

InsyaAllah.. Allah mengetahui apa yg berada dalam lubuk hati kita.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
doakan diterima niat...

ASH said...

Tekad bermula dengan mendaftar kat tabung haji walaupun mungkin tahun giliran nun entah 2050an...hehe..
Tapi yang penting usaha menabung diteruskan dari hari ke hari disertai dengan doa.
.
.
.
You will never know your time sebagai Tetamu Istimewa itu sebenarnya.

Percayalah... I have gone through...pengharapan..doa...pengharapan...doa..kegetaran tentang sebarang kemungkinan.

Nizam.Ariff said...

Ash,
Dah bukak akaun, tapi belum daftar lagi... kena ada minimum RM1200 dalam tu rasa-rasanya...

ASH said...

RM1300..
Daftar sekarang!!
tahun dah sampai nuuuunnn 2060an..

Nizam.Ariff said...

Ash,
Okeh...pasang azam

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com