Saturday, August 31, 2013

Tanggal 31.... 31 tu nombor...

.

Tadi, buat kali kedua selama berbelas belas tahun di S.A aku beli aiskrim di B.R yang ada nombor 13 tu. Semangat merdeka mungkin, maka aku pun beli walau pun harganya jauh mengalahkan aiskrim potong (kaki) yang biasa aku beli.

Dalam pada menunggu Mama pilih perisa yang dia inginkan, aku pergi mendapatkan jurujual di muka pintu.

"Korang tak ada rahsia apa apa kat nama B.R ke?" Aku tanya.

"Rahsia? Tak adalah encik"

"Tu... tu... nombor 31 ?" Tunjuk aku pula.

Dia tak faham. Aku gamit seorang kawan dia lagi, berdiri rapat rapat. Kerana aku mahu berbisik.

"04 aku tahu, 08 pun aku tahu tapi.... 31 ni lain macam je" bisik aku.

Kedua duanya angkat kepala, tak faham...

"Korang pasti nombor 31 tak keluar dalam suratkhabar baru baru ni?" Tanya aku lagi. Mereka mula ketawa sambil gelengkan kepala..."tak adalaaa" kata mereka hampir serentak.


"Habis tu, kenapa ramai datang hari ni?"

"Ooo... setiap bulan yang ada nombor 31, kami adakan sales macam hari ni" katanya.

Aku angguk anggukkan kepala tanda mengerti...

Tapi... tapi.... kemudian aku terfikirkan sesuatu...

31... 31 haribulan... special day?

"Are you sure korang tak ada apa apa?"

Tanya aku dengan mata mengecil... lebih kecil...




.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

Pergh...mahei tu Yob!

ckLah @xiiinam said...

Pergh...mahei tu Yob!

jeb said...

BR ada 31 perisa aiskrim. Sebab tu 31 spesel pada diorang. Cuba tgk logo BR. Tulisan B san R yang warna pink tu membentuk nombor 31

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Sekali dua takpe... nanti tak lah dikunun dek org... hahaha.

Jeb,
Aku perasan nombor tu tapi tak tau kenapa... ko dah bg tau, aku percaya je la

HeNRieTTa JoSe said...

BS makan dlo dpt free...sebab member buat part time...dorg dpt stu scopp kecil sehari...jd dia banjer rietta la...nak bli sendiri...errr....tunggu lagu "kalau aku kaya, hari hari hari raya...." hehehe...

Nizam.Ariff said...

HJ,
Satu scoop sehari pun dah ok tu... nak rasa je pun, bukan nak makan kenyang2, kan?

t.a.t.a said...

untung la korang dpt makan aiskrim. aku ni tergolong dalam golongan orang lemah gigi. makan benda sejuk mesti ngillu jadinya.

sepa said...

patutla aku tak paham...! BR takde kat miri eh.


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Takde eh?
Selamat poket ko...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com