Monday, September 2, 2013

Kisah si penjual ikan di pasar ahad di Stadium Shah Alam

.


Aku berdiri di situ, bersebelahan ikan-ikan laut yang bergelimpangan di atas meja, berdiri kerana menunggu giliran ikan aku dibersihkan isi perutnya.

Salah seorang pelanggan lelaki bertanya nama-nama ikan yang ada di situ, untuk kepastian, mungkin. Maka si penjual ikan itu pun menamakan ikan-ikan yang ditanya.

Kemudian, pelanggan lelaki itu berpantun...

"Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri
  Bercakap bohong, lama-lama...."


"... jadi menteri! " sambung si penjual ikan itu, memotong pantun si pelanggan tadi.






.

5 comments:

t.a.t.a said...

ahahahha.. comel nyer jawapan dia. sokong!



p.s: ikan apa yang kau minta buang isi perut tu?

jenanese said...

hahahha..terbaikla penjual ikan!!

Su @ Aya said...

err.. senohong tu sejenis ikan juga ker? tak tahu sungguh2 ni..

sepa said...

ini versi anak nelayan...

"Siakap, Kerapu, Gelama, Ikan Duri
Bercakap merapu, lama-lama...."


"... jadi menteri! "


.
ah...!, pak menteri memang kuat merapu, akal cetek, bergaya lebih...



.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Aku beli ikan bawal tak bersubsidi...


Jeb,
Org dah biasa bercakap...pandai diacakap... haha.


Su@Aya,
Aku pun tak kenal...tapi seekor ikan macam ikan senangin tu dia kata ikan senohong....


Sepa,
Kerapu merapu merapi berapi,
Kena tipu dah naik harga bahan api...




Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com