Malam semalam aku dapat sms dari kawan rapat aku. Sms nya berbunyi pelik sedikit... cakap orang putih. Jadi aku syak itu bukan dari dia. Mesejnya berbunyi:
"Dino, I messaged you on Circle, the Local Network. Get the app: (dituliskan link di sini)."
Handphone aku bukan jenis smartphones, jadi aku tak tekan link tu. Hari ini, aku google link yang dia berikan dan aku dengan terkejutnya, ia mengarah ke FB.
Aku pun terus sms kawan aku, adakah dia yang sengaja ajak aku masuk Circle? Dia balas balik, dia kata dia tak pasti... dan mungkin yang hantar tu ialah apps yang dia baru install di handphone, katanya.
Aku naik musykil.
Adakah FB dah mula cari & ajak buat network melalui nombor telefon bimbit? Selalunya FB gunakan alamat emel kita.
Adakah kita, secara tak sengaja, membenarkan sistem itu 'membaca' phonebook dan kemudian sistem itu menghantarkan sms untuk mengajak masuk ke Circle tanpa pengetahuan pemilik telefon, seperti yang aku terima daripada kawan aku itu?
Dimanakah privacy kawan aku dan yang pentingnya, privacy aku?
Sekarang sistem itu sudah ada nombor telefon aku! Dah sah-sah nombor telefon aku itu sistem itu ambil dari phonebook kawan aku.
Parahhh...!
Dan seperti yang aku jangkakan, aku terima pula sms daripada nombor ini "+35699189429".
Kali ini tulisannya dalam Bahasa Melayu:
"Zack menjemput anda ke Facebook. Sertai sekarang untuk melihat gambar: (dituliskan link itu di sini)
Nampak?! Nampak?!.....
Aku kenal Zack pun tidak!
FB dah gunakan nombor telefon aku untuk hantar sms. Ini mesti dia dapat dari nombor telefon kawan aku tadi tu...!
Habislah, privacy aku sudah terancam....
.
18 comments:
Kalau ada mesej macam tu dari ckLah, maknanya bukan dari ckLah tu, sebab memang bukan.
Kalau ada mesej macam tu dari ckLah, maknanya bukan dari ckLah tu, sebab memang bukan.
eh eh buat buat susah hati...! tak luak la bro. kome bukan perdana menteri eh.! hahahaha
benda-benda macam ni yang buat kan aku fobia nak bagi phone number pada mana-mana web.
aku dah off kan account facebook.
cklah,
ok.. noted.. hehehe
Sepa,
aku takut nanti dia salah gunakan info aku.. contohnya, dia dedahkan aku kepada penyumbeleweng internet, cemana?
Tata,
bagusss... FB seperti satu musibah yang suka mengajak kita bersosial.. dan menyebabkan kita terdedah dengan segala jenis nafsu duniawi.... kalau dapat kawal, oklah. Tapi berapa kerat je yamg boleh buat macam itu? Ramai yang hanyut dek kenikmatan dan kelazatan yang terdampar, terhampar di FB tu.... dan akhirnya terkapar-kapar... hehehee
Setuju dengan kau. Kes staff pejabat atas, gara-gara FB dia bergaduh dengan hasben dia, sebab dia contact balik dengan ex-bf yang dah lama terpisah. Hilang ciri-ciri isteri solehah dia.
Tata,
aku baru nak syak yang FB ni ada ciri-ciri senjata dajjal di akhir zaman.. hahaha
tengok owner pun tahu dah siapa.
FB,
Siapa ek? dulu budak tu tapi skrg dan dijual kan?
tak kisah la dia dah jual pun tapi owner asal kan budak tu.
Tata,
haah...
Kita patut jadi tuan kepada teknologi, bukan sebaliknya. Contoh mudah, zaman mula mula wujud teknologi ' pisau'. Kalau kita jadi tuan, kita gunakan pisau utk potong sayur, daging, etc...Tapi kalau kita jadi hamba pisau, kita bunuh orang guna pisau...Hahahahaha...
Zaman sekarang ni, se strict mana kita cuba sekat privacy kita, tetap sukar ...Yg penting, jgn sekali kali share benda2 yg boleh jadi bahan menjatuhkan maruah kita...
:)
Daddy Ziyyad,
aku ambil nasihat tu.
aku pastikan tiada wajah aku dalam alam maya sebab itu mungkin boleh menjatuhkan maruah aku...err?
Makin advance plak derang ni mengawal maklumat peribadi org. So, takleh sebarangan cerita la kat blog atau kat gajet. Mereka tau nanti.
penah baca sumber dah lupa
katanyanya 'bila sekali ko mendaftar kan diri di laman internet,privacy ko dah hilang'
gitu le lebih kurang
LyDS,
haah... kena hati2...
Irfa,
tu sebab aku tak ada FB... dan tak guna smartphone dan tak daftar atas nama aku sendiri pulak tu... hahaah
FB tu tulis aja "privicy setting" tp rasanya macam takda function...
CKK,
SOkong!!!
Post a Comment