.
Paksu Mahad mengadu, dia panas hati dengan Tok Cu. Tok Cu pula marah kepada Leman Gagap. Leman Gagap pula berdengkian dengan Azlan. Azlan pula bengang kepada Hasri. Begitulah seterusnya di kampung itu. Apabila menjelang malam, masing-masing memasang api pelita di dalam dan di luar rumah.
Di tengah-tengah malam, ramai yang menyilangkan lengan di dahi sambil berbaring. Walau pun bini masing-masing sudah beberapa kali cuit-cuit lengan, tak diendahkan pun. Hati masing-masing tak tenang. Apa lagi yang akan hilang? Getah keping asap berbunga atau getah sekerap taruh batu atau pisang abu atau baja urea subsidi berlogo dacing atau kambing seekor atau lembu seekor atau ayam induk betina? Atau mungkin juga anak dara atau mak janda malahan bini juga? Ramai yang tak tenang.
Tak boleh jadi. Sesuatu perlu dilakukan. Telah lama kampung itu begitu. Tok Ketua sudah lupa bilakah kali terakhir kampung itu diselimuti kabus ceria dan tenang. Sudah lamaaaaaa...
Pada satu pagi, Tok Ketua suruh Hasri pergi ke surau. Hasri terkejut, matahari baru nak mula membahang, belum pun segalah tingginya. Solat apakah agaknya? Tok Ketua suruh Hasri pukul kentungan mengikut irama yang lain. Hasri garu-garu kepala pula. Irama yang lain? Maksud Tok Ketua, irama selain daripada ketukan untuk azan atau untuk memberitahu ada kematian. Oooo.... Hasri faham.
Setelah di surau, Hasri capai pemukul lalu berdiri di depan kentungan. Hasri tercongak-congak irama apakah yang mahu dibuatnya. Setelah mendapat ilham dari dalam, dia pun ketuk beberapa kali dan diulangi pula beberapa kali lagi.
Lebai Dollah yang sedang menyulam padi terus tegakkan pinggang, kentungan apa pula ini?
Makcik Wok yang sedang melipat daun pisang tercampak pisau, ooopocot! katanya.
Begitu jugalah yang lainnya...
Maka tidak sampai setengah jam, berbondong-bondonglah orang kampung datang ke surau. Yang boleh berjalan dia berjalan, yang boleh berlari dia berlari, yang lumpuh datang bertatang, yang buta datang berpimpin, yang tuli bertanya-tanya, yang pekak ternganga-nganga...
Maka setelah sudah sedia mereka itu berdiri di laman surau, Tok Ketua pun memanjat bangku papan dengan bahu Hasri menjadi penongkat tangan.
Tok Ketua meminta semuanya bertenang. Tenang hati dan tenang jiwa. Itu penting untuk kembalikan kesuburan malam, agar tiada lagi mata yang berkelip-kelip, agar tiada lagi kerisauan menjalar bersama-sama kabus malam.
Tiba-tiba Paksu Mahad mengangkat tangan. Dia bertanya, bagaimana mahu tenang?
Tiba-tiba Tok Cu mengangkat tangan. Dia juga bertanya, apa petua untuk tidak risau?
Tiba-tiba Leman Gagap mengangkat tangan. Dia mahu bertanya, apa ubat untuk ceria semula ... tapi dia tak jadi tanya. Dia turunkan semula tangannya... barulah Makcik Wok yang berdiri di sebelahnya dapat bernafas semula kerana tadi dia pekup hidungnya selama Leman Gagap mengangkat tangan. Tak tahan bau, adunya kepada Minah Lodeh. Minah Lodeh tersengih menampakkan gigi tiang sebatang.
Apabila ditanyai begitu, Tok Ketua pula termanggu-manggu. Dia hanya boleh meminta tapi tak mampu memberitahu cara-caranya. Tiba-tiba dari khalayak yang banyak itu, satu tangan yang kasar dan pejal diangkat. Semua mata tertumpu kepada tangan yang pejal itu, kemudian turun ke lengannya yang putih, kemudian ke bahunya yang bidang (kepada makcik-makcik pula, terus pandang ke dadanya yang membonjol daging pejal), kemudian barulah mata masing-masing tertumpu pada wajahnya. Dia itu Dino! Jantan sensasi yang baru pulang dari kota kerana bercuti untuk menjengah desa itu.
Dengan wajah bersahaja, Dino mengatakan dengan jelas dan terang bahawa, perkara pertama-tama yang perlu ada untuk semuanya kembali tenang ialah peraturan! Peraturan yang mudah sahaja. Katanya, 'jangan ambil barang yang bukan miliknya'.
Maka Tok Ketua pun setuju untuk mengguna pakai peraturan itu. Maka disuruhlah pula orang yang tua-tua untuk menguatkuasakan peraturan itu.
Setelah beberapa bulan, maka kampung itu kembali tenang secara beransur-ansur. Malam pun semakin subur dan gemuk. Rumah-rumah kembali produktif dan aktif. Kampung itu kembali makmur. Semua orang gembira. Semua orang ceria. Untuk itu, Tok Ketua pun mengesyorkan sebuah majlis makan-makan sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh orang-orang kampung.
Pada satu hari yang telah ditetapkan, majlis pun berlangsung. Yang menyenduk pun menyenduk, yang menyudip pun menyudip, yang berpisau pun menghiris, yang berparang pun memotong, yang berkapak pun membelah... terlalu gah dan meriah sekali. Keseronokkan dimajlis itu ditambah serinya pula dengan acara pantun seloka, bersyair dan bernyanyi:
Maka naiklah Timah Gendut anak Wak Karto ke atas pentas, sehabis menyanyi maka bertepuk-tepuklah orang.
Maka naiklah Ecah Lawa janda Din Chainsaw ke atas pentas, sehabis menari maka bertepuk-tepuklah orang.
Kemudian, maka naiklah Juliet si bidadari syurga jelmaan dunia yang meminati Dino ke atas pentas diiringi kabus nipis yang entah datang dari mana... seperti juga Juliet yang muncul entah dari mana.
Maka semua yang pakcik-pakcik pun ternganga-nganga, air liur menjejes-jejes.
Maka yang makcik-makcik pun mengerutkan muka, air mata menetes-netes.
Maka tiba-tiba Hasri pun bersuara "kalaulah Juliet itu bini aku..."
Maka tahulah Tok Ketua akan kesilapannya.
Tok Ketua menepuk-nepuk dahinya beberapa kali sebelum beransur pergi meninggalkan majlis dengan kepalanya tunduk ke tanah... dengan kenyataan bahawa mulai malam ini, lengan akan kembali bersilang di dahi.
.
13 comments:
cerita yang hebat, bro.
mampu aku terbayangkan watak sorang2, melalui nama-nama yg diberiberi orang... aku rasa sepatutnya Hasri itu namanya Hasri HensemMaco. Azlan pula Azlan Mistikal...
cerita menarik dah, dengan naratif yang mencuit hati, jalan cerita yang penuh saspen... ending yang mendebarkan...!!! cuma satu jeh yg wa tak setuju bro!
kenapala yang si Dino jd protagonis, Hasri pulak antagonis...!
iye ke juliet minat dino...?
.
antara persoalan aku:
1. kenapa anak dara atau mak janda malahan bini nak hilang? siapa atau 'siapa' yang ambil?
2. anak siapa Juliet tu? orang kampung situ juga, atau bayangan malam yang bertandang utk seketika sahaja?
3. apakah kesilapan Tok Ketua?
p/s: Juliet, watak kau ada dalam cerita Nizam ahh. hahah fames kau.
Sepa,
sengaja aku buat watak macam tu, sebab aku dengki kat ko... kakaka
TM,
iyeeee... sebab Juliet itu sisi lembut si Dino gak... hahaha
Tata,
banyak soalan tu... hehehe.
1. Itulah intipati cerita ini... keselamatan dan ketenangan malam...
2. Aku pun tak kenal sangat siapa 'Juliet' ni... bukan ko sorang je tak kenal, aku rasa semua pun tak kenal.. cer baca balik cerita2 pasal 'Juliet' kat blog aku nih.... tapi TasekM kata Juliet tu asalnya seekor kucing!
3. Kenapa Tok Ketua kata dia buat silap? ada jawapannya dalam sketsa tu...
Dan 'Juliet' versi aku bukan si Juliet blogger mahu pun JulietCun si bolgger gak... sila rujuk no.2 tu..
kalau Juliet tu asalnya kucing, sah la dia memang cantik. jalan pun mesti ala catwalk kan?
Tata,
itu kata TM.. mungkin juga betulnya..
Ini dia cerita Juliet yang terawal...
http://akuyangakut.blogspot.com/2009/07/mana-mimpi-aku.html
ko telahlah sendiri siapakah Juliet tu...
oooo kayyyy... telahan aku Juliet tu memang kucing, tapi tak kan kucing boleh menyanyi kan?
so juliet adalah makhluk dua spesies. manusia dan kucing.
hmmm....adakah tok ketua juga inginkan juliet
tata,
mungkin juga Juliet ada sisi manja Mama...
kniedaz,
mungkin juga...
cerita macam ni lah, yg selalu buat aku baca ulang-ulang. tak pernah jemu, setiap garis ayat aku cuba faham dan bayang.
hebat la lu bro!
Su@Aya,
... tapi bukan selalu dapat idea nak menulis macam ni...
Juliet tu asalannya kucing?...Apakah kucing yang sama yang datang menghantar sisa pejalnya kat rumput karpet kamu ker?
^_^
Ash,
Ooo.,. tidak..
Juliet yang ini sudah ada sebelum berpindah lagi...
Post a Comment