Saturday, September 28, 2013

Eskalator di Jepun dan di Malaysia...

.


Pada satu ketika itu aku ke Jepun, negeri matahari terbit. Pergi atas urusan kerja tetapi semasa pulang, diantara barang yang aku bawa pulang ialah kekili berjenama Ryobi. Kenapa aku beli? Kerana kekili jenama itu ada sentimental value... kekili yang pernah arwah Bapak punyai tahun 70an untuk memancing Haruan. Pada zaman aku, kekili Bapak yang itu cuma tinggal badannya tetapi aku masih ingat jenama itu. Jadi, aku pun beli... dan aku berikan kepada seorang abang aku kerana dia minat memancing.


Di Jepun, aku tak punya kereta sewa. Pergi dan balik aku menggunakan keretapi. Sesuatu yang aku ingin kongsikan ialah pengguna eskalator.



Gambar Hiasan


Di sana, mereka yang menggunakan eskalator ada 2 jenis. Pertama, mereka yang terus berjalan mendaki atau menuruni eskalator meski pun pada ketika itu eskalator bergerak. Kedua, mereka yang berhenti apabila di atas eskalator dan menunggu sehingga sampai ke hujungnya. Aku jenis yang kedua... sama seperti ramai kita di Malaysia sedangkan di Jepun, ramai yang terus berjalan di atas eskalator yang sedang bergerak.


Jadi, kepada mereka yang tak terus berjalan di atas eskalator (jenis kedua) perlu berdiri di sebelah kiri kerana di sebelah kanan akan digunakan sebagai laluan untuk mereka yang ingin terus berjalan di atas eskalator.


Aku ada bertanya, kenapa orang-orang Jepun ramai yang begitu - terus berjalan di atas eskalator yang sedang bergerak. Jawabnya, ada 2 sebab: pertama, mereka ingin mengejar masa kerana keretapi di Jepun tak seperti komuter di Malaysia. Ketepatan jadual keretapi ialah +/- 1 minit atau kurang daripada itu. Jika terlambat, kena tunggu keretapi seterusnya. Kedua, mereka ingin memanaskan badan dengan berjalan pantas atau berlari. Ini dibuktikan apabila orang-orang Jepun berlari-lari anak dengan memakai kemeja-kot di kaki-kaki lima atau di tepi jalan raya. Kadang-kadang aku pun terikut-ikut.


Apabila di Malaysia, aku juga kadang-kadang berjalan di atas eskalator yang sedang bergerak. Tapi selalu sangat ada orang yang tegak berdiri di sebelah kanan atau terus menghalang. Kenapakah mereka tak mahu berjalan, sebaliknya bersembang?




.

10 comments:

Teena Tna said...

Kawan saya pulak cerita, kat Jepun orang yg mengikut peraturan di jalan raya lebih ramai dari orang yg x ikut peraturan. And dia cakap bosannya jadi orang Jepun sebab skema sangat.
Tapi tak dinafikan Jepun sebuah negara yg maju.

sepa said...

weh brader, wa ingat, tujuan escalator adalah supaya untuk mengurangkan kepenatan orang untuk mendaki atau menuruni tangga...!!!


oooo... aku nak mengenal istilah jap.!
1) tangga yg bergerak digelar escalator, (masa dia pusing ke bawah, org tak ikut la kan.!)
2)kotak yang naik turun pula ialah elevator,
3)manakala, papan yang berpusing-pusing itu conveyor...!!!
4) kerusi yang berputar-putar namanya Ferris-Wheel...

nak tanya.
1) masa depa naik elevator, ketika elevator naik ada tak ko tengok dorang terloncatloncat, atau masa elevator turun depa hentakhentak kaki...?
2) pernah tak ko tengok depa (masa di airport) berkejarkejaran atau berlarilarian mengejar beg di conveyor belt...?!

saja tanya. maklumla belum pernah ke negeri matahari terbit tuh.


:)


p/s : dengar criter, depa makan ikan mentahmentah. ada cabai yang menyengat hidung depa gelar wasabi (ada gak bunyi2 cabai dalam spelling tu eh).

bro, cer criter yg lain dr yg lain yg depa buat... dengar khabar, depa sangat gemar membaca buku sambil menunggu...



.
bro, ko toksah la nak berlarilari kecil. aku cadangkan ko berbasikal jer.
caranya, ko pegang handle basikal, ko tolakla sambil berlarilari... atau, ko berlarilari sambil pikul basikal...
...orang di negeri maju la katakan...!, basikal hilang purpose.



.

Nizam.Ariff said...

Teena,
Bosan sebab tak buat jahat?
Memanglah orang buat jahat tu tak bosan, tapi orang yang kena buat jahat tu mesti benci... jadi nasihatkan kawan tu jangan bosan kalau orang berbuat baik...



Sepa,
kat sini pun aku makan ikan mentah gak. tapi aku takut nak makan selalu sebab orang kata kalau selalu makan ikan mentah nanti perut banyak cacing.
Jepun juga ada sisi gelapnya... Yakuza.... dan anak muda sekitar Tokyo yang dikatakan semakin kurang menghayati cara hidup bushido... mereka itu lebih barat daripada orang barat ... aku syak,selepas 1 generasi lagi segala apa yang kita lihat akan berkubur di Jepun. Tradisi mereka itu masih kuat kerana masih wujud generasi peralihan yang masih berpegang kuat kepada tradisi. Dek sibuk mengejar ekonomi, lebih-lebih lagi kehidupan di bandar-bandar utama dia orng tu cukup memeningkan...

akan tiba pada satu hari nanti, sushi hanya menjadi seperti kuih raya di malaysia... ia hanya menjadi adat tradisi...

Su @ Aya said...

Sayang kan, bila semua tradisi itu hilang. Tradisi mungkin hanya ada dalam persembhn kebudayaan, tetapi kosong dalam amalan kehidupn. Maka hilanglah identiti sesebuah negara, negeri, tempat, orang!


Macam ketupat dan rendang, tak ada keistimewaan dah, sebab hari2 boleh cari dan makan!

Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
bila dah hilang barulah tercari-cari... kan?

Kniedaz said...

kita tidak diajar utk membudayakan berjalan di atas escalator tp ble berjalan kat mesin senaman berjln n berlari yg aku xtau namanya tu

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
mungkin kita tak terkejar-kejar masa seperti mereka di Jepun sana... kita punyai banyak masa... itu juga rezeki...

ASH said...

Masa lari lari anak tu, perut rasa gegar tak?

ASH said...

Entry ni aku baca dan terasa auranya begitu skema...suasana di Jepun selayaknya.

Nizam.Ariff said...

Ash,
perut ada gegar2 sikit la... shashimi belum hadham lagi... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com