Thursday, September 5, 2013

Kucing tidur dalam durian, habis tikus semua menari...

.

Aku teringatkan peribahasa purba tentang kucing dan tikus.
Sebelum ini, aku ada ceritakan masalah kucing dan bahan buangan sisa pepejalnya. Syukur, ianya sudah terkawal dan berkurangan. Malah jiran aku sendiri kata dia telah 'pindahkan' kucing dan anak-anak kucingnya ke tempat lain. Yang tinggal hanya beberapa ekor yang pandai menjaga bontot. Manakala kucing-kucing liar yang tiada berloceng banyak yang sudah 'dipindahkan'.

Kini, timbul masalah lain...tikus!


Seperti emel ketua penduduk:

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Tikus masuk ke dalam rumah penduduk kerap terjadi akhir-akhir ini. Ada wayar alarm putus di gigit, ada yang bahagian bawah pintu rosak dan roti yang ditebuk. Saya cadangkan kita letakkan racun tikus didalam lubang, longkang, saluran air hujan disetiap rumah. Pihak kami sudah memaklumkan kepada MBSA tentang perkara ini. Tetapi masih tiada tindakan dibuat. Kita juga boleh gunakan perangkap, setelah ditangkap, kita jemur sehingga tikus itu mati.
 
Kepada penduduk yang ada pengalaman mengatasi masalah tikus ini, boleh share. Sekarang, pintu belakang sentiasa perlu ditutup tetapi tikus ini boleh memanjat dinding dan saluran air hujan dan masuk melalui tingkap.
 
Terima kasih


Dan aku balas emel kepada semua, ini:

Assalam,

Dicadangkan agar dibuat kempen '1Rumah1Perangkap'.
Bukan perangkap 'apit-apit' yang boleh menyebabkan tikus mati hancur dan busuk.
Hanya perangkap 'tupai' yang berbentuk kotak.
Perangkap-perangkap ini dibekalkan menggunakan duit persatuan.
Atau minta penduduk beli untuk rumah sendiri.

Kalau dapat tikus?
Oleh kerana tikus itu masih hidup di dalam perangkap, 'mercy killing' perlu dilakukan.
Salah satunya, kita berikan kepada kucing-kucing yang banyak berkeliaran tanpa tujuan.
Biarkan kucing-kucing itu 'bermain-main' dengan tikus sampai puas lalu memakannya.
Sekian.


Payah untuk mengekalkan kesimbangan ekosistem. Kalau satu elemen dikeluarkan, elemen yang lain akan mencari satu titik keseimbangan yang baharu. Atau mungkin hadir satu elemen asing untuk mengisi kekosongan seterusnya mengimbangi semula ketakseimbangan tadi.

Elemen yang sedang meningkat naik sekarang ini ialah tikus. Elemen asing yang mungkin hadir untuk kekalkan keseimbangan ialah Burung Hantu. Patutlah sejak akhir-akhir ini Burung Hantu banyak bersahut-sahutan. Mama takut mendengar suara Burung Hantu. Bila takut, kenalah duduk rapat-rapat. Bila dah duduk rapat-rapat, mungkin muncul elemen yang baharu...


Apa-apa pun, syukur....





.

7 comments:

t.a.t.a said...

tikus haiwan kecil tapi boleh buatkan kita rugi banyak. habis segala cable mouse dengan keyboard putus. dah kena ganti.

t.a.t.a said...

eh, kampung emak gue bukit kuching.

Nizam.Ariff said...

Tata,
kekuatan tikus ialah pada bilangannya dan keazamannya...

HeNRieTTa JoSe said...

rajin plak balas emel...err...klu diberi kuceng...kena kawal larr...karang tikus terlepasa...dah kempunan kucing...

sepa said...

aku kurang paham la peribahasa ko tu.! kucing makan derian ker?

Nizam.Ariff said...

HJ,
Kita ikat tikus ke pagar, kasi kucing main... hahaha


Sepa,
Soalannya, dimanakah kucing tidur?
Ramai yang kata, kucing tidur kat pangsa buah durian... hahaha

ASH said...

Masalah pembuangan sisa pepejal oleh sang kucing bukan terjadi di halaman anjung di rumah kamu jer malahan semenjak dua menjak ni dah berjangkit di anjung rumah aku.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com