Friday, September 6, 2013

Perbelanjaan seisi rumah selepas kenaikan harga bahanapi...

.

Apabila harga runcit petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen/liter, mereka kata penjimatan perbelanjaan subsidi sebanyak RM 1.1 billion setahun. Tadi aku terlihat pula kenyataan penjimatan itu sehingga RM 3.3 billion setahun. Mata aku tak betul ke? Senang kira, kita ambil dua-dua data sekali. Kenaikan bahanapi sebanyak 20 sen itu adalah lebih kurang 10%.

Subsidi itu sepatutnya dirasai oleh 27 juta penduduk Malaysia. Kenapa tak 13.7 juta? Kerana budak kecil pun nak minum susu, nak pakai baju, tumpang kereta... tak mestinya pembeli bahanapi sahaja.
  • Kalau RM 1.1 billion, purata subsidi ialah RM40 seorang setahun.
  • Kalau RM 3.3 billion, purata subsidi ialah RM122 seorang setahun.
Keluarga aku ada 3 orang,
  • Kalau RM 1.1 billion, subsidi untuk keluarga aku ialah RM 120 setahun.
  • Kalau RM 3.3 billion, subsidi untuk keluarga aku ialah RM 366 setahun.
Itu setahun. Kalau dikira sehari
  • Kalau RM 1.1 billion, subsidi untuk keluarga aku ialah RM 0.33 sehari.
  • Kalau RM 3.3 billion, subsidi untuk keluarga aku ialah RM 1.00 sehari.

Kalau sebuah keluarga yang ada 5 orang? Kalau yang ada 10 orang? Nampak macam berbaloilah kalau keluarga itu mendapat BR1M sebanyak RM500 atau mungkin juga RM1000 nanti.

Ye ke?

Mungkin tidak. Kerana wujud kesan penggandaan. Itu belum lagi kesan pembundaran nombor ketika mengira kos. Dan kalaulah harga seunit barang itu sepatutnya cuma naik 3 sen, kemungkinan besar ianya dijual dengan kenaikan 5 sen sebab beza 3 sen dan 5 sen tidak memberi kesan psikologi pembayar. Kalaulah kos patut naik 6 sen, mungkin ianya dijual dengan kenaikan sebanyak 10 sen, juga di atas sebab yang sama...


Apa-apa pun, kadar inflasi akan naik.
Bank Negara mungkin akan menggunakan instrument kadar bunga untuk mengekang inflasi.
Kalau interest rate dah naik, apa jadi dengan pinjaman perumahan? Sedangkan nilai hutang terbesar seisi rumah ialah hutang perumahan. Dan orang di bandarlah yang berhutang rumah yang mahal-mahal... tapi ramai tak layak dapat BR1M.




.

5 comments:

t.a.t.a said...

kalau BR1M tu mereka beri setiap bulan, baru la boleh nak kata, "Kan ada BR1M?"

School Of Tots said...

BR1M RM1,200 Setahun (dijanjikan)
Iaitu RM100 Sebulan
Rasanya Harga Barangan Dan Servis
Naiknya Melebihi RM100 Sebulan...ish ish. Sengsara La Kita Yob !!

Nota: Terima Kasih Kepada Minoriti 47% Para Pengundi BN Sekelian. Pemimpin BN & Anda Bertanggungjawab Kepada Kesengsaraan Majoriti 53% Yang Memilih PR di PRU13. Maaf la ye..

LydSunshine said...

Aku pun turut merasa tempiasnya nanti sebab tiap2 hari aku balik hantar susu kat anak waktu rehat tghr. Mungkin aku boleh seimbangkan semula perbelanjaan aku kalau aku tak makan tengahari.

jeb said...

Masa2 begini kita patut lepak dengan golongan yang menyokong langkah kerajaan ni. Diorang sangat positif walaupun kadangkala hujah mereka sangat dangkal.

Yang penting kita nak aura positif mereka tu. hahaha

Nizam.Ariff said...

Tata,
Aku pun nak gak kalau gitu...


school of tots,
perkara dah lepas jangan dikenang...


LyDS,
Kita kerja sebab nak cari makan... kalau kerja sampai tak makan, lari dah konsep asasnya... hahaha


Jeb,
aku rasa dia org pun dah mula goyah ke kiri nih... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com