Saturday, October 26, 2013

Aku menjadi pelarian di bumi sendiri...

.

Kerikil berhamburan, terbang melayang jatuh ke jurang bawah sana kerana ditolak tayar kereta. Nasib baik tayar itu sempat statik beberapa inci dari tebing. Jika tidak, kereta aku pasti terjun tiruk ke lantai lembah sana. Dada berdegup kuat. Gegar getarnya mengepam dada. Mencungap cungap menukar nafas, disogok secawan adrenalin yang dituang ke dalam darah.

Aku pandang Nicol. Dia tampak pucat seperti aku. Dadanya mengembang menguncup seperti aku. Mata kami bertembung. Setelah beberapa saat, mata bulatnya menyepet. Dia rapatkan badannya lantas merangkul aku dengan erat. Kemudian aku rasa dadanya bergegar didada aku...Nicol menangis.

"Thank God we survived, John..."

John!!!???


Aku gonyoh mata yang gatal. Di pusat servis ini masa terasa lambat detiknya. Bosan menunggu. Aku pindahkan mata aku ke bahu lelaki itu. Kemudian aku ambil semula dan aku letakkan pula di wajah gadis itu. Setelah bosan mencubitpipi dan membelai rambutnya, aku tanggalkan pandangan itu lalu aku lekapkan pula ke skrin telefon bimbit ini...menulis entri ini di blog ini.

2 jam! Ya...2 jam kemudian aku dipanggil untuk mengambil kunci. Kereta aku telah siap diservis.

"300++ semuanya..."

300??? Aku cuma ada tunai 200++ sahaja kerana ia hanya servis biasa. Aku keluarkan kad kredit dan aku unjukkan kepadanya. Menyelinap dia ke balik pintu. Tak lama kemudian dia muncul dan berkata kad kredit aku ditolak. Hah.?!

Aku keluarkan kad ATM dan suruh debitkan. Tak lama kemudian dia muncul semula dan berkata duit di dalam akaun tiada. Tiada???!!! Mana mungkin. Baru tadi aku keluarkan tunai di ATM dan bakinya masih banyak walau tak berjuta.

Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena sedang berlaku. Aku keluarkan telefon bimbit. Aku dail nombor yang tertera di belakang kad kredit. Malangnya telefon bimbit aku senyap. Tiada nada. Kosong. Berbunyi desir  angin. Hanya bunyi lantunan gema microwave background yang terhasil ketika peristiwa Big Bang berbillion tahun dulu.

"Sir..."

Aku panik. Apa yang berlaku sebenarnya?

"Sir..??!!"

Kepala aku berfikir yang bukan bukan.

"Sir!!!!!"

"Whattt  !!???" Jerit aku kembali.

"I think you're still dreaming, sir." Kata Nicol.


Nicol???!





.

14 comments:

Dr K said...

Perenggan kedua,aku baca....ingatkan intro babak SX..kah kah kah

Nizam.Ariff said...

Daddy ziyyad
Kalau ko nak aku buat cakap je...aku dedikasikan...hahaha

Dr K said...

Hahahaha..sia sia KDN tutup blog kau nanti bro :P

Nizam.Ariff said...

Daddy ziyyad.
Betul tak nak? Hahahs...

sepa said...

igauan gst ker bro?!...gst belum lg bro.!...

Nizam.Ariff said...

Sepa.
Igauan akibat kebosanan...
Selamat pagi bro.... hahaha

Umm AA said...

berapa banyak mimpi dalam mimpi nie...heheh

Nizam.Ariff said...

Ummuaidan.
Tak mimpi pun..cuma sketsa dek bosan menunggu...hehe

t.a.t.a said...

sir! sir! are you awake now?

sudipVSsenduk said...

dah agak dah...
ni buku mimpi keluaran ke berapa pulak?

Kniedaz said...

Siapa John?

Nizam.Ariff said...

Tata.
Very well awake now..hohoho

Svs.
Ko habiskan dulu buku yg tu dulu...hehee


Kniedaz.
Entah...tu yg terkejut..haha

gadisBunga™ said...

sila tunaikan permintaan daddy iyyad. aku nak baca. heh heh heh

Nizam.Ariff said...

GB.
Nanti dah ada idea aku buat eh...
Tapi kalau ko ada...share sikit..haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com