Monday, November 11, 2013

Pucuk muda ...

.

Seorang anak muda bernama Hasri sedang duduk di bangku batu di sebuah taman kecil. Petang itu angin menggoya gkan dahan melayangkan daun-daun. Mana yang sudah lemah berpaut akan gugur ke tanah.

Seorang wanita lanjut usia bernama Preemaswari a/p Rajoo sedang menyapu dan melonggok daun-daun yang gugur di taman itu. Ada seorang lagi lelaki sedang membungkus-plastikkan daun-daun yang telah dilonggokkan.

"Banyak daun gugur, makcik. Penat makcik nak sapu." Tegur Hasri.

"Tak paa...makcik ada kerja laaa. Kalau tak da daun, makcik tak da kerja."

Betul juga kata makcik itu. Hasri angguk-angguk kecil, tandanya sudah belajar sesuatu tentang daun.

"Lagi puunn..."

"Lagi pun apa makcik?"

"Dulu daun-daun ni tak susahkan kita. Tak jatuh. Sudah tua...jatuh la."

"Serupa kita juga..." Sambung makcik itu lagi.

Hasri terangguk-angguk lagi...





.

21 comments:

Tijah said...

Dalam kata2 makcik tu ye...

Nizam.Ariff said...

Tijah.
Ye..dalam maknanya tu.
Jom nanges...huhuhu

t.a.t.a said...

"Lumrah kehidupan manusia kan makcik?" Sambung Hasri lagi. Tidak mahu mematikan perbualan. Seronok rasanya dapat berbual dengan manusia lain yang jika dipandang dari mata kasar hanyalah tempelan semata-mata. Seorang tua yang menyapu daun-daun kering.

"Saya ini pun walaupun masih muda tapi kesihatan tak menentu. Bila-bila masa boleh gugur, macam daun tua kering itu."

Kelincahan menyapu Makcik Preemaswari a/p Rajoo terhenti. Kepala diangkat memandang anak muda yang sedang duduk di bangku batu. Sedari tadi dilihat merenung ke hadapan.

Makcik Preemaswari a/p Rajoo meneruskan kerja. Kalau diikut kan hati mahu dia berbual lagi dengan anak muda itu, tapi tuntutan kerja masih banyak.

"Lain kali ya anak muda. Makcik akan teman kamu dan kita akan berbual tentang kehidupan ini." Gumamnya dalam hati.

Hasri tersenyum bagai mendengar kata-kata Makcik Preemaswari a/p Rajoo.

JunAina said...

Tiba2 insaf...

Nizam.Ariff said...

Tata,
Bila baca extended version ko nih, tetiba terasa nak bermanja-manja dengan makcik Preemaswari a/p Rajoo.... hahaha

Nizam.Ariff said...

JunAina,
Insaf menginsafi....
nasihat menasihati...
bahwasanya kita akan pernah jadi pucuk muda... dan akan menjadi daun kering jua...

t.a.t.a said...

sila kan. Hasri punya banyak waktu kan? hehe

Kniedaz said...

kalau umur tak panjang, jodoh tak ada, Hasri yang muda tu tak dapat gak nak jumpa makcik lagi

tasekM said...

teringat kekasih lama eh...?

:D



.

LydSunshine said...

huhu, daun tua menyusahkan.... tapi manusia tua?? Mungkin ada yg menyusahkan tapi masih ramai yg tak menyusahkan malah membantu memberi pedoman.

LydSunshine said...

huhu, daun tua menyusahkan.... tapi manusia tua?? Mungkin ada yg menyusahkan tapi masih ramai yg tak menyusahkan malah membantu memberi pedoman.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Masa muda diguna
Dah tua tak berguna...huhu


Kniedaz.
Kalau takde rezeki, sampai ke tua pun tak ada...


TM.
Masa bila ada senarai awek india lak ni...haha

Lyds.
Yup...harap harap dah tua nanti tak nyusahkan sesiapa...

SuzieLAWAti said...

dedaun yang ke guguran tu masih boleh di gunakan kalau tahu erti menghargai...

Nizam.Ariff said...

CPL,
Bagaimana pula dengan daun-daun yang layu sebelum masanya... terkulai pucat sebab tak cukup nutrient...?

t.a.t.a said...

Cakap pasal nutrient untuk pokok, daun-daun kering ni boleh dijadikan baja juga tau. sumber kalium untuk tanaman.

kalau daun pokok tu jadi hijau muda, terbakar dari tepi, haa itu tandanya kurang kalium.

sumber kalium adalah daun-daun kering, serbuk kayu dan lain-lain.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Ooooo.... pokok bunga pun symptomnya sama ek?

t.a.t.a said...

Sama.

Su @ Aya said...

Assalamualaikum Nizam dan kawan2 blogger...

Hebat hari ni yer, perkongsian ilmu ada, nasihat menasihati ada, kongsi cerita awek india pun ada.. hahaha...

Nizam.Ariff said...

Tata,
ok.


Su@Aya,
Salam, Su.
Dalam kita bersketsa dan berseronok, kita selitkan elemen nasyid... hehehe

ASH said...

Aishwara Rai pun lama lama akan debab, gendut dan kedut juga kan..
.
.
.
walaupun masa mudanya Ratu Unibes!
.
.
.
insaf!

Nizam.Ariff said...

Ash,
Haah.. betul gak tu..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com