.
Dalam kelam malam itu, aku susun tapak satu-satu-satu-satu di atas pasir kering. Aku mencari-cari arah Utara. Selang beberapa lama, aku dapati semua arah adalah Utara. Mana-mana arah dada bidang aku terarah, itulah arah Utara. Pasti.
Tanpa bulan di sisi, tanpa bintang di langit sana, aku mencari-cari di manakah aku berada. Selang beberapa lama, aku dapati langit dan bumi adalah sama. Kerana atas dan bawah tiada bertanda, langit dan bumi tiada bezanya. Pasti.
Kecewa.
Dalam buntu kerana mata seperti ditutup seribu lapis kain, aku duduk diam-diam di atas pasir. Kemudian aku dapati mata aku sebenarnya dilapisi seribu lapis nafsu.
Aku duduk diam-diam kerana selagi aku duduk di situ, aku tak akan sesat ke mana-mana...
.
9 comments:
tido? takleh terjaga? mimpi dalam mimpi? Cemana kesihatan ko?
hurmmm.. kenapa ek.. sakit?? tak cukup tido?? pape pun harap baik2 aje lah :D
Lyds
Kesihatan mcm tu la...kalau menaip byk sakit dtg balik...
TT
Sakit saraf tersepit mcm ni la....
jadi kau akan duduk di situ sahaja? tak nak mencuba untuk sesat?
Tata.
Aku bukan berani sangat.....
kalau sesat, bulih sampai ke maner, bro?
.
Sepa...
Kalau sesat boleh sampai ke Neraka, bro....
ko jaga kesihatan..jangan jadi macam aku ni, blood go upstair sokmo!
Lw.
Ok...tp awak pun sama tau....
Post a Comment