.
Hari ahad baru-baru ini aku beli seketul ubi kayu. Yang membuatkan aku mahu beli ialah aku mahu masak ini...
Dah lama tak makan ubi kayu tumis dan ubi goreng. Ubi goreng itu bukan kerepek ubi, ya kawan kawan. Ubi goreng ialah potato wedges versi Jawa. Kalau kena dengan masin dan saiz wedges tu, ubi goreng pasti sedap...garing di luar empuk gebu di dalam.
Manakala ubi tumis itu memang resepi belah keluarga aku. Bila aku amati ianya seperti ubi rebus dicicahkan dengan chilli anchovy thick gravy (sambal bilis). Bezanya, ubi itu ditumis bersama sama sambal tu.
Dan tumisan itu bukan sekadar cili burung, ikan bilis dan bawang sahaja. Untuk rasa dan lebih aroma, sedikit jintan putih dan jintan manis turut ditumbuk dan ditumis bersama sama sedikit kunyit. Garam secukup rasa. Bila tumisan dah masak mewangi, masukkan air dalam secawan dua. Adjust rasa masinnya. Kemudian masukkan ubi kayu yang dipotong jejari...sebesar ibu jari suami ya puan puan. Kemudian adjust air agar menutupi ubi tadi.
Biarkan menggelegak sehingga kering. Balik balikkan perlahan lahan agar bahagian dasar tak hangus kerana ianya berkanji. Kalau ubi sudah lembut dan airnya kering berkanji, hidangkan dan makan....baca bismillah dan doa dulu.
.
21 comments:
Selalu jugak buat ni. Memang sedap. Zam, kau yang masak atau mama yang masak?
Tata,
Kami masak bersama-sama...aku kupas ubi dan potong, mama tumbuk bahan-bahan tumisan...dan dalam kuali kami pun bertemu dan bergaul...err...kami temukan dan kami gaulkan..
Entri ni buat aku bertambah lapar.
Kak lily
Waterlily.
Kat banting byk ubi kayu..boleh buat kak..
lebihan berkerak dalam kuali tu yg paling best..
ohhh..rindunya masakan begini.. saya suka jugak ubi goreng atau pun ubi masak kari (ada sikit macam inti karipap kentang tapi ubinya tak potong kecik2) makan masa musim hujan dengan kopi O panas.. perghh..
cam sedap jer. nanti nk cuba la.
(ehh.. ubi kayu ada lg tk belkg rumah aku ni??)
SvS,
Ye.. betul...
kerak dia sedap.. macam kerak pulut tumis juga... sedap..
Rai,
kalau gitu sama la cara masaknya... cuma bahan tumis je yg lain, kan..?
Su,
Kalau tak ada blakang rumah, boleh beli setongkol kat pasar... hahaha
nak buat aku malas.
aku nk makan je.
.
memang sedap....
kalau di potong halus2 memanjang dan digoreng sekejap tumis dengan rencah buat mee goreng ...pun sedap...
ala2 mee goreng gitu..
sedap
Akak cuma tahu makan denga gula dan kelapa je...
TasekM,
Ko jemput aku datang rumah ko, nanti aku masakkan ...hehe
Bunda,
Oh ye ke...
tak pernah la pulak buat macam tu...makanya ubi ni makanan universal la ek..
Azani,
musim hujan belum habis... jom makan dan minum kopi O...
JunAina,
Ooo... itu ubi rebus kan?
mcm menarik tp buat masa skrg xleh buat. huhu..
CInta,
Hah? Kenapa lak sedih2 tu..?
Pasal cikgu tu ek..
ko buat aku kecur air liur plak petang2 ni..arwah abah aku suka ubi tumis ngan kari..lepas ni aku nak buat ubi tumis versi ko ni lah..nampak mengancam giler
mcm rempah sate tapi tak letak serai dan halia. oo, ikan bilis takde dlm rempah sate. menarik ni utk dicuba.
Kecur air liur weh baca entry kau...hahaha
Ubi tumis...hmmm..1st time aku dengar
Kniedaz.
Boleh dicuba musim hujan ni...
Lyds.
...kena plak gu dgn kopi o...besttt..
Daddyz.
Alaaaa...mcm mashed potatoes je..tp versi melayu-jawa...haha
kau mengingatkan aku kepada keladi goreng nipis...
auuu
Rapunzel.
Itu bukan kerepek ke?
Post a Comment