Wednesday, February 19, 2014

Ada yang tertinggal setelah kering air di kali....

.


Perpindahan itu perubahan (juga)

...lemas asyik dilambung ombak perubahan yang tak jemu-jemu berubah-ubah lambungannya. Aku penat, aku lemas. Aku mengikut arus, aku mengikut pantai mana yang aku singgah. Kalau di situ ada camar, nanti bolehlah aku ceritakan derita semasa hanyut di laut. Kalau camar itu jemu, aku cari pula tapak sulaiman kerana kalau dia pun jemu, dia tak mampu lari terbang selaju camar.







Kadang-kadang aku terfikir, sampai bila aku dirubah orang lain. Bilalah lagi aku merubah diri aku sendiri. Sudah berkali-kali aku dielus, diraba, dipeluk, digomol, dicium. Aku biarkan... tapi aku pelik. Adakah kerana aku merelakannya atau sudah terbiasa macam aku sudah tak kisah walau pun diperkosa berkali-kali.


Kadang-kadang aku terfikir bahawa aku sudah mangli...aku sudah jadi tak kisah.
Kadang-kadang aku terfikir bahawa ada keseronokkan dicelah-celah kesakitan.
Kadang-kadang aku terfikir bahawa tubuh aku ini bukan milik aku, jadi lantaklah.
Adakah itu layak dipanggil 'kecekalan' atau hanya 'kedunguan'?





.

8 comments:

Nizam.Ariff said...

Oh.. ya, aku minum susu penuh kwim untuk kekal hensem...keh keh keh

Irfa said...

dalam sgt maknanya
smpi akak susah nak hadam.hihi

t.a.t.a said...

Minum susu untuk kekal hensem? Berkesan tak?

kucingorengemok said...

ehem

Nizam.Ariff said...

Irfa,
kunyah sikit-sikit kak... hahaha

Tata,
Ko tengok botol tu slim kan?
Camtu la ...


KOG,
Hai KOG...!

tasekM said...

hensem eh?
kasi bukti sikit...

:p



.

cinta said...

tak faham. hee..

Nizam.Ariff said...

Tasekm.
Okey...nanti aku hantar foto kat wassap eh...jgn forward ke mana2 pulak tau...


Cinta.
Takpe...nanti aku cerita lain...hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com