.
"Entahlah... aku rasa macam kerja aku tak berbaloi dengan gaji"
"Hah? Gaji bos tak cukup lagi ke?" Hasri soal Kamal.
"Bukan begitu tapi sebaliknya."
"Maaf, saya kurang mengerti." lontar Hasri semula.
"Kerja aku sudah semakin kurang. Skop aku sudah kecil tapi gaji tak berkurang pun."
"Jadi?" Hasri menyoal.
"Aku takut gaji aku jadi tak berkat."
Hasri bangun dan hampiri Kamal. Ditepuk-tepuk bahunya.
"Bukan kita yang minta, malah kita diberi begitu."
"...lagi pun, bukan kita atau mereka yang tentukan keberkatan rezeki. Itu hak Tuhan." tambah Hasri mematikan perbualan di petang itu.
Pada petang itu Kamal kelihatan resah. Lebih resah dari kelmarin kelmarin. Lebih lebih lagi setelah pulang dari mesyuarat dengan pihak atasan selepas waktu rehat tengahari. Entah apa yang dibincangkan Hasri pun tak pasti.
Kalau perbincangan berkaitan dengan urusan operasi biasanya Hasri akan dikongsikan apa yang dibincangkan. Jadi, mesyuarat itu bukan tentang operasi.
Hasri beranggapan begitu kerana pada paginya, Kamal tak ada menjangkakan mesyuarat itu ada. Malah Julia yang menjadi setiausaha Kamal pun tak ada mencatatkan apa apa pada buku notanya.
Dan sebelum pulang pada hari itu, Kamal telah memanggil Hasri ke dalam biliknya. Katanya ada sesuatu yang perlu dibicarakan. Apakah agaknya???
.
5 comments:
alahai, sambungannya kena tunggu smpi bila ni?
huhu
- kau ganti tempat aku Hasri.. - bersambung... kBai
irfa.
hahaha....sebenarnya sambungannya adalah permulaan entri tu... ditulis dgn stail 'back in time'...
CPL.
Hasri lebih suka bau lemak sawit dan daun reput di ladangnya...aku rasa...
Hasri buat part-time jadi pakguard tanpa gaji.
ok, aku tunggu.
Post a Comment