Kolam takungan air di Machap Umboo, Melaka menjadi misi aku pada kali ini. Kolam takungan ini boleh dimasuki dari pelbagai arah kerana aku dapat lihat kelompok kelompok manusia ada di seberang sana sini. Aku pilih lorong yang hampir dengan punca air yang masuk dari Johor. Aku masuk dari jalan Durian Tunggal...terpaksa meredah kebun sayur/buah Cina dan kebun getah.
Dari pengalaman adik ipar, ikan yang banyak ialah keli walau pun ada spesis lain. Jadi aku pilih umpan Cengkerik yang dibeli di kedai ikan perhiasan.
Umpan cengkerik ini lebih 'bersih', tak berbau. Aku nampak ada juga yang guna umpan cacing, malah hati/perut ayam. Aku tengok rata-rata hanya menaikkan ikan Keli atau ada yang panggil sembilang. Tapi tadi aku tengok ada juga yang dapat Sebarau. Ikut cerita lisan dari pemancing disitu, kolam takungan itu juga ada Lampam dan Baung.
Rezeki aku pula ialah ini...
Semuanya Keli pelbagai saiz. Cukup sedozen, aku ajak adik ipar balik manakala cengkerik yang lebih aku beri pada pemancing lain. Kalau lekat ikan lain hendak juga aku tunggu. Nampak gayanya ikan ikan lain tak sempat merebut umpan...kalah kepada keli.
.
9 comments:
dapat baung pun best jugak ni! baung apa ada kat sini?
SM.
Aku tak dapat...aku tak tau jenis baung tu...
terbaik ah. kami cuma memancing curi-curi di kolam2 di UPM.hehe
bakar pastu masak lemak cili api sedap tu...
Wan.
Kat kolam upm pun ada ikan baek baek gak...
Kniedaz.
Haah...mama kata nak masak tu nanti...
Ikan keli kalau masak apa pun sedap kan? Masak lemak kencur, goreng sambal. Wahhh..
ada teratai tak..?
Tata,
ikan keli, kalau besar, sangat aku geli nak jamah... hahaha
TasekM,
Ada...ada banyak gak kat satu penjuru yang agak cangkat sikit aku rasa..
feveret aku tuh!
Post a Comment