.
"Nitaaaa....".
Panggil Kamal. Kamal tak menjerit tetapi sengaja dipanjangkan laungan panggilan itu. Bingkas Nita bangun dari kerusinya lalu berjalan masuk ke bilik Kamal.
"Di mana fail laporan yang....", "Itu... di kabinet kiri." Pantas Nita mencelah. Mereka berbalas senyuman dan pandangan sebelum Nita kembali ke meja kerjanya.
Kamal masih tersenyum. Matanya masih memandang Nita. Ada sesuatu yang Kamal perasan tentang gerak kerja Nita. Mungkin Nita juga sudah sebati dengan perangai ketuanya itu.
Kamal duduk semula, tidak jadi mengambil fail laporan yang tadi dicarinya. Tapi matanya masih memandang Nita. Lama dia berfikir apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan corak kerjasama mereka. Keserasian... .ya, itulah perkataan yang sesuai. Mereka serasi bekerja. Kamal tahu Nita, Nita juga tahu Kamal. Satu gandingan yang menjadi formula penting untuk sebuah kerjasama yang berjaya. Nita adalah seorang setiausaha yang terbaik yang pernah Kamal ada.
Namun pada hari itu Kamal memandang lebih jauh. Matanya melihat muka Nita tetapi yang Kamal nampak ialah wajah dua orang anaknya di rumah. Bila Kamal melihat baju kurung dipakai Nita, Kamal nampak baju-baju arwah isterinya. Bila Kamal melihat jari-jemari Nita, Kamal nampak sambal ikan bilis masakan arwah isterinya...kegemarannya.
Kamal sedar akan kecantikan yang Nita miliki: berkulit putih-kuning, berwajah bujur sireh yang sesuai dengan lebar matanya dan torehan kedua-dua bibirnya, lebar bahunya selebar pinggulnya, susuk dada yang sesuai dengan potongan pinggangnya, tingginya sesuai dengan panjang langkauan kakinya.
"Uuhhh....." Kamal mengeluh perlahan.
Walau pun keluhannya kecil, seharusnya bising pendingin hawa bisa menenggelamkannya, Nita masih dapat dengar. Nita menoleh kepada Kamal yang memekup mukanya. Apabila Kamal buka pekupannya, dia terbangak oleh tenungan mata Nita itu. Tenungannya yang tajam, tepat ke hati. Seolah-olah Nita tahu bahawa fikiran Kamal sedang meneroka dirinya.
Kamal gamit Nita. Nita pun masuk semula ke dalam bilik Kamal.
"Duduklah...." pinta Kamal. Nita duduk tanpa bersandar, gaya seorang setiausaha.
"Saya nak tanya sikit, boleh?". Berkerut dahi Nita. "Err... agak peribadi, kita ketepikan dulu hal-hal kerja, boleh?" Sambung Kamal sebelum wajah Nita tambah berkerut. Nita anggukkan kepala.
"Sehingga kini saya berpuas hati dengan gerak kerja Nita yang pantas tetapi tetap teratur. Saya nak bertanya, adakah tidak keterlaluan jika saya katakan Nita juga begitu di rumah?".
Nita tersenyum, menampakkan lesung pipitnya. "Errmm.. .mungkin." Jawabnya dengan santun.
"Ada sesuatu yang saya nak cakap tetapi saya tak pasti sama ada sesuai pada masanya."
"Apa dia, boss?
"Eh, janggal rasanya kalau Nita panggil saya 'boss' ketika bercakap tentang hal peribadi. Terasa kita ini jauh jaraknya." Kamal ketawa, Nita juga.
"Habis tu, nak saya panggil bagaimana?"
"Hendak panggil nama pun janggal juga." Kata Kamal.
Nita mencongak-congak sebentar. "Err.... abang?" Cadang Nita tiba-tiba.
"Abang?" Tersentak kecil Kamal dibuatnya kerana yang dia fikirkan mungkin 'I' dan 'You' sahaja, itu pun sudah memadai. Tak disangka Nita terfikirkan panggilan 'abang' pula.
Apabila melihat wajah Kamal yang terkejut sedikit begitu, serta-merta Nita berasa malu. Kemerah-merahan kulit wajahnya. Apabila wajahnya ditenung Kamal dengan senyuman, Nita palingkan pandangan ke luar bilik kaca itu. Namun begitu bibirnya pun turut menguntum senyuman, sebuah senyuman malu.
"Nita...?" Kamal cuba mencari kepastian.
Nita tidak berpaling. Dia bangun cepat-cepat lalu berjalan tergesa-gesa menuju ke tandas.
Kamal tersenyum panjang. Dadanya terasa lapang. Kini dia hampir pasti bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tapiiii.... ada sesuatu yang menyengkang senyumannnya. Kamal terpaksa memilih diantara dua: seorang setiausaha atau seorang isteri.
Kini senyumannya bertukar menjadi keluhan dalam....
.
8 comments:
Aku tak nak komen apa-apa.
Aku tak nak komen apa-apa.
Aku tak nak komen apa-apa!
tata.
errr...ada persamaankah?
hehe...
No komen.
tata.
ok...noted...ssyyhhhh...*zip*
eeemm.. mengeluh sebab kena carik pengganti setiausaha yang akan bertukar menjadi seorang isteri..?
aizamia,
mengeluh kerana terpaksa memilih salah satu...
ni mesti scandal at the office ni. kamal ni duda rupanya.
LydS,
Kalau duda, bukanlah scandal namanya... hehehe
Post a Comment