.
Kawan aku pernah berkata, dalam satu perbincangan hangat di satu sesi mengeteh lewat tengah malam, bahawa sains perlukan imaginasi. Bukan setakat imaginasi, malah seni juga.
Sains bukan sekadar fakta dan data. Menjadi saintis memerlukan imaginasi dan kreativiti.
Dia ambil contoh Leonardo da Vinci dan beberapa tokoh sains silam. Mereka itu mempunyai kecenderungan seni masing-masing.
Saintis yang menghafal fakta dan data adalah tidak akan berkembang. Untuk meneroka satu kawasan yang baharu, sering dimulakan dengan imaginasi. Lihat sahaja bidang-bidang theoritical physic dll.
Oleh itu, dia menyarankan agar anak-anak digalakkan dengan muzik dan lukisan. Ini untuk merangsang minda seni dan imaginatif. Bahagian minda ini akan membantu minda bahagian fakta dan data dari segi menterjemahkankannya ke dalam bentuk yang komunitif...yang boleh orang lain fahami.
Cubalah teori dia...
.
9 comments:
Music dengan lukisan. Suka tengok dan dengar aje. Tak pandai nak karang lagu, tak pandai nak melukis.
aku setuju...kena kreatif supaya dia boleh kaitkan kreativiti dengan subjek yang susah so otak dia tak penat..hehe
Dan perlu tahu yang mana satu imaginasi berguna, yang mana satu khayalan merepek..:P
mak aku dulu seorang guru panitia seni. katanya dulu dulu dulu pelajar aliran sains pun amik subjek seni dan lukisan diorg sangat realistic dan kreatif. sehinggalah subjek itu digugurkan utk pelajar2 aliran sains, graf pencapaian kurang memberangsangkan dan hasil-hasil seni kurang memuaskan.
Tata,
Tak terlambat untuk mula melukis atau bermain alat muzik...
Kniedaz,
Meh kita ajar anak kita kreativiti...
DaddyZ,
imaginasi liar pun tak elok juga kalau selalu, tapi sekali sekala bagus untuk buat quantum leap.... hehehe
Cinta
So, kita ajar anak kita berpuisi, menghargai alam.. lihat lumut, limat semut...lihat sesuatu yang organic selain daripada geometric je...
sains eyhhh... sel2 otak berhubung...
CPL,
Jom minum susuuuu.... hehehe
aku sokong fakta ni...
in fact aku belajar melukis sikit2 utk gain lebih banyak imagination...
Rapunzel,
teruskan.... bagus tu...
Post a Comment