.
Aku terima satu panggilan telefon dari pihak hospital. Ianya tentang temujanji yang dirancangkan esok.
Kata gadis itu, pada peringkat kedua ini aku akan menjalani ujian tekanan atau 'stress test'...yakni ujian larian dengan pelbagai kelajuan.
Oleh kerana esok adalah hari bekerja, gadis itu berpesan supaya aku membawa kasut sukan yang sesuai.
Aku tanya, patutkah aku berseluar sukan juga? Jawabnya, tak perlulah... kasut sukan pun sudah cukup.
.
.
Aku...
.
.
Diam...
.
.
Dan berharap gadis itu akan sediakan sehelai gaun hijau untuk aku pakai.
Kerana aku rasa tidak manis orang lelaki berlari dengan hanya memakai kasut sukan di bulan Ramadhan.
Dan pasti aku rasa kekok...esok.
NEWS UPDATE:-
Aku telefon pusat perubatan itu tadi. Aku minta tunda kepada selepas hari raya. Dan aku tanya lagi persiapan yang perlu.
Pada kali ini dia suruh bawa kasut sukan dan baju T...malah dia sempat bergurau dengan menyuruh aku datang dengan berbaju, bukan hanya 'bawa baju'...
"Tapiii....awak tak ada cakap pasal seluar pun?"
.
20 comments:
Kahkahkahhkahhhh...aurat wehhhh...
hehehe...
jgn masuk FB sudah ler besok.
berlari pakai kain hijau :p
hahahahaha... jgn nizam, kan tak pasal2 masuk paper.
Junaina.
Aku...malu...huhuhu
Shark.
Ohhh..ye laaa....! Jgn kasi dia bawak hp masuk bilik tu..
Su.
Haih...senak perut aku...haha
Jgn buat kerja dik oiii!
Pakai ajelah kasut sukan yg disuruh tu. Jgn macam-macam:)
Kakzakie.
Malu la nak berlari mcm tu....haha
batal posa nanti..hahaha..
kau ada chronic chest pain ke bro?
Rai.
Dia org la batal pahala pose...haha
DaddyZ.
Takde la....itu sebahagian drpd proses Executive Screening Program.
tima kasih kerana menghilangkan rasa mengantuk di tgh hari.
Cinta.
Sama2...kuat juga imaginasi kamu ya? Dan liar juga ... Haha
omg !!! berlari tanpa seluar....hahaha
berlari? kalau jalan laju2 ble tak...tak la penat sangat..hehehe
Nang.
....bukan klinik kesuburan, tapi...haha
Kniedaz.
Mula2 mmg berjalan tapi lama2 jàdi laju...atas treadmill...
Memula tak faham tapi ok.. kasut sukan je.. erk.. bulan puasa lak tu..
Aizamia.
Hahaha....tapi itu cuma silap faham je..
HIHI...SELAMAT BERPUASA NIZAM ARIFF
Wannur.
Selamat Berpuasa dan maaf zahir batin...:)
Org demam ni tumpang senyum je la
SukaSuka.
Hehe...semoga cepat sembuh....
Post a Comment