.
Pukul 5.35am.
Kalau dahulu, pada jam ini, aku baru siap bersahur dengan pakaian yang masih berbau 'karbaid' dan tapak tangan yang nipis kerana dihakis oleh asid (atau alkali?) Karbaik tersebut.
Telinga juga masih berdengung dek bunyi dentuman meriam buluh atau meriam tanah atau meriam katak. Mata juga terasa berpasir kerana berjaga lewat malam.
Sekarang ini, satu letupan bunga api pun tak kedengaran...
Nota:-
'Meriam Katak' - sejenis meriam ringkas yang menggunakan tempurung jantan atau tin susu sebagai badan meriam. Tempurung jantan yang berlubang atau tin susu yang dilubangi dengan paku akan ditelangkupkan di atas tanah. Letakkan karbaid sebesar jari kelingking di bawahnya. Titiskan beberapa titis air ke atas karbaid dan tutup lubang dengan jari. Tunggu sehingga bunyi desir dari karbaid tadi hilang. Ambil kayu pencucuh sekurang-kurangnya 7 kaki panjang dan nyalakan. Cepat-cepat berdiri jauh-jauh dan cucuhkan kayu berapi tadi ke lubang tempurung jantan atau tin. Ia akan meletup.
Awas: kecederaan yang biasa dialami ialah mata dimasuki percikan tanah atau pasir, muka atau anggota bafan lebam terkena hentaman tempurung atau tin, muka atau anggota badan pecah terkena serpihan tempurung atau tin jika ia pecah...
Untuk mengurangi risiko, gunakan alas zink atau papan, dan jangan titiskan terlalu banyak air.
AMARAN KERAS:- perbuatan ini amat berbahaya kerana kita tak boleh agak ke mana arah tempurung atau tin akan melayang. Amaran telah diberi, jika lakukan juga, sila tanggung sendiri. Ini adalah satu artikel bersifat dokumentari ilmiah. Aplikasi tidak dibenarkan sama sekali.
.
9 comments:
sy juga dl pemain meriam tin tegar.. bau karbaid melekat lama dh rupa karBADI lak.. tp itu duluuuu..
Mizz Tina.
Eh....skrg ni pun kalau ada kesempatan, apa salahnya...mudah je ...haha
Dulu selepas berbuka nak berwudhuk utk solat maghrib singgah letupkan dulu meriam buluh. Nak pergi terawih pun sama. Balik terawih sambung lagi... Sekarang tinggal nostalgia.
Kakzakie.
Kadang2 terasa nak lakukan semula kalau ada kesempatan..
don't try this at home.
er, try kat padang. heee..
Cinta.
Haha....kena dptkan lesen mengebom...
Dulu cukup tanah untuk bermain.. sekarang confirm pecah cermin kereta jiran.. hahaha..
Aizamia.
Main la kat taman tasik...kalau berani..haha
Sakit telinga ni dengar letupan meriam ni... ada sedara tu buat pakai konkrit.. masih tak faham mekanisme nya.. takut tebing depan rumah berderai je... namun hingga kini stabil..
Post a Comment