.
Ariff mahu deklimasikan puisi di sekolahnya. Puisi tentang Palestin. Dia minta aku buatkan satu puisi. Aku suruh pilih dan ambil di blog aku yang satu lagi, blog Merung Mahawangsa. Dia ada jumpa satu puisi tapi panjang, katanya. Jadi, aku olah semula untuk suaikan dengan cara dia...ini dianya.
Puisi untuk Palestin
Bumi itu hamis dengan bau darah
tetapi bumi itulah juga yang direbut, dijajah
puing-puing kota,
bukti noda dan dosa amat jelas
tetapi mata-mata tertutup rapat,
enggan melihat
demi lindunginya dari ribut pasir
yang ditiup Taufan Barat
Dulu, bumi itu damai
dengan zikir para anbiya'
Kini, ia riuh dengan bingit mortar
dan jeritan anak-anak
Dulu, panjang nyawa
diukur selunjur pedang
Kini, ia terbang dari
selaras senapang
Wahai Merpati Hijau
Kalau sayu suaraku mampu buat kau bersedih
Kau kutiplah nyawa anak- anak kecil itu
kau simpanlah pada paruhmu
Kau kutiplah nyawa pejuang-pejuang itu
kau simpanlah dalam perutmu
Kalau getar simpatiku mampu buat kau menangis
kau terbanglah ke awan
kau koyaklah layar hujan
Agar merenjis, kembalikan subur
pada jiwa-jiwa menangis dan hancur
Bingkas menatang lastik dan batu, tak apa
Semangatnya akan terus hidup
menjerit lagu perang
hingga ke akhir zaman.
.
6 comments:
Menusuk tangkai hati bila menghayatinya. Sedih.. mesti bila mendeklamasikan puisi ini pun boleh mengalir airmata..
Kakzakie.
Harap2 dia bisa selami rasa itu semasa deklamasinya...
Laura.
...tapi sobat2 aku di sini tak bertaruh bola, mereka muslim...
rajin ko jawab komen spam kat atas ni. heheh...
bau darah hamis ke/ aku ingat hamis tu hanya utk kambing. darah bukan hanyir ke.
Lyds.
Ye ke?
Hamis dlm bahasa melayunya hanyir la kut...
Bau ikan hamis aku panggil juga.
Ariff dah tukar hamis kpd hanyir dlm teksnya....
Post a Comment