Monday, March 16, 2015

Ikan sawah a.k.a ikan darat

.

Kalau di Sungei Perak asyik dikacau Buntal, maka aku beralih ke sawah pula.

Abang aku berpesan, kalau nak memancing di situ, umpan paling ampuh ialah anak kerengga, kalau tidak cuba belalang, kalau malas sangat nak mencari barulah cacing.

Di sebatang pokok mempelam di tepi rumahnya ada beberapa buah sarang kerengga. Tak semua sarang ada anak kerengga. Kena pilih sarang yang besar dan daun yang sudah tua/kuning/kering.

Aku rabakkan sedikit sarangnya lalu aku gegar2. Jatuhlah beberapa ekor anak kerengga yang masih putih.

Ini tempatnya aku memancing...


Anak kerengga dengan telurnya...masih bersusu

Aku gunakan mata yang kecil kerana anak kerengga itu kecil. Tapi padahnya ikan akan telan mata kail ke dalam. Kena ada teknik untuk keluarkannya. Aku selalu jolok guna ranting kecil.

Diantara jenis-jenis ikan yang aku naikkan:-


Ikan putih...aku panggil begitu...haha


Ikan Lampam...anak lagi..


Ikan Puyu / Betuk / 'Kereta Kebal' sebab lasak


Ikan Haruan...sebesar lengan budak je


Dimasak apa yang sedap ikan-ikan ini eh?
Aku rasa macam nak buat pindang je.
Nanti aku masak...



.

8 comments:

Tijah said...

Massk semur aci tak tu? Runnnn...

nae nematoda said...

masa kecik-kecik dulu, pakai umpan cacing je, sebab tak pandai nak cari umpan lain...kalau ikan puyu, orang tua kata sedap kalau bakar, sebab rasa manis...tak tahu la betul ke dop, sebab kalau aku bakar, rasa ikan je, tak tahu celah mana rasa manis

Nizam.Ariff said...

Tijah.
Meh aku cuba masak...ko makan!!!

Nang.
Celah yg manis tu sbb ikan masih fresh...atau sbb pencicahnya yg sedap...

sudipVSsenduk said...

kukus grill panggang,
kukus grill panggang

Nizam.Ariff said...

SVS.
Haha....

sharamli said...

Ikanvpuyu tu buat gulai sedapnyaaaa.

Nizam.Ariff said...

Sha.
Betul tu...gulai lemak dengan belimbing buluh..

Su @ Aya said...

sakitnya yer kalu kena gigit dengan kerengga.. eeeiii!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com