Monday, March 16, 2015

Udang Galah sepit biru mudik Sungai Perak...

.


Percutian di Perak...
Dalam batu jemala sering teringatkan pancing. Teringatkan umpan sunti diragut Haruan.

Tapi pada kali ini, musim Udang Galah mengamuk di Sungei Perak. Maka aku cangkulkan 5-6 ekor Cacing Tanah. Nak cuba try test saja.


Keladi Bunting tempat kesukaan sang buaya


Di belakang Mahkamah Lama Teluk Intan


Aku bersembang dengan seorang pakcik yang memancing Seluang. Katanya, anak-anak dah mabuk udang, mereka mahu makan seluang pula. Tak tahu pula macam mana kiranya mabuk udang itu. Mungkin mual dan muntah-muntah agaknya.

Aku labuhkan joran berkekili, aku lontarkan batu agak jauh ke garisan teduh pokok. Aku biarkan.

Sementara itu, aku gunakan joran teleskopek panjang untuk memancing di tepi. Pakcik tadi kata, selain Seluang ada juga Lampam ekor merah (Lampam Perak) bermain di tepi.

Aku labuhkan umpan...dan 5 ekor ikan Buntal naik ke darat. Manakala joran berkekili yang aku biar tadi talinya sudah kendur....putus digerit dek Buntal lagi....





.

4 comments:

Anonymous said...

tu la, ngail tak ajak kawan2...

Nizam.Ariff said...

SM.
Haha....lu mau cari udang sg perak, lu kena naik bot baru buntal tak kacau...

Unknown said...

kat sungai pun ada ikan buntal ye..

Nizam.Ariff said...

Rai.
Haah...cute woo...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com