Thursday, April 9, 2015

Mari berpantun seloka...

.

Hmm....tak tahu nak bercerita tentang apa. Nak berpantun pula lah...



Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak pergi takut dirindu
Hendak tinggal takut berteman


Nasib diri orang tak tahu
Ingatkan kaya intan berlian
Jual kati orang tak mahu
Buang ke sungai ikan tak layan


Tuai padi biarlah masak
Tidaklah nanti layu-layuan
Orang sini kata tak hendak
Orang sana pula tak layan


Kalau tuan pergi ke hulu
Jangan enau dikata saga
Kalau tuan hati merindu
Jangan risau adinda kan ada





.

7 comments:

sharamli said...

Pergi pasar membeli sukun
membeli sukun dua kati
Nak komen dalam pantun
Tapi tak reti

Eh. hahaha

Nizam.Ariff said...

Sha.
Eh...itu pun pantun gak....hahaha

Tijah said...

sorong papan tarik papan
buah zaitun dalam perahu
suruh makan saya makan
suruh pantun saya tak tahu

SuzieLAWAti said...

pergi mengail si ikan keli
dapat nya pula si ikan baung
kenapa nak layan perasaan bagai..
elek aa... jommm round kampong....

edek bawak.... konar barenggg baekk punyeeeee...!!!...

muahahahahahaaaa......

Nizam.Ariff said...

Tijah.
Bakat terpendam...
Sila luahkan....haha

Suzie.
Kesian motor...tak larat nak bawak badan kita ...haha

Kniedaz said...

nak jawab dalam pantun tapi petang2 ni otak jem...ahahaha

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Mlm2 pun boleh berpantun...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com