.
Bahang panas melanda
Tapi sepanas mana lah pun.
Cabaran ais batu di bulan puasa
aku gagal pada hari ini.
Baru 7 hari berpuasa, hari ini aku
berbuka dengan Cendol.
Entah apalah yang ada pada Cendol
Bukannya tak ada air lain pun.
Macam² air berwarna ada di bazaar.
Tapi kenapa Cendol aku alah?
Aku rasa sebab air panca warna aku
boleh buat di rumah.
Tapi untuk buat air cendol setakat
segelas dua adalah tidak berbaloi
berbanding usahanya.
Lantaran itu lebih baik dibeli sahaja.
(Air berwarna aku buat tanpa ais
tetapi sejuk. Caranya, 40 minit sebelum
berbuka, aku letakkan jag ke dalam
peti sejuk bahagian beku. Ia sempat sejuk
tapi tidak sempat membeku. Aku rasa
suhunya dalam julat 10°-15° C sahaja).
.
5 comments:
sekali sekala apa salahnya :-)
sekali sekala apa salahnya :-)
tak minum ais ka?
Assalamualaikum,
ambo rendam kurma dalam air, simpan dalam peti air 5-6 jam, bila nak berbuka, blend buah kurma tu.
Fuhhhhh! sangat nikmat.
cer try!!!
Ewan
:)
Zul
:)
Tijah.
Minum gak....tp dah tua2 ni kena kawal...
Anyss.
Alaaa....tak rajin nk blend dan basuh...haha
Post a Comment