.
Dulu...masa zaman bersekolah tinggi dulu
Tinggal di rumah bujang dengan rakan²
Hidup berharapkan duit biasiswa yang setahun
sekali dapat. Selepas ditolak dengan yuran
dan tuisyen, berbakilah RM250 sebulan.
Dulu...survival untuk hidup bermotifkan
perut kenyang sahaja, jangan terisikan angin.
Kami beli bahan dan kami masak sendiri.
Dalam 7 orang, dan kadang menjadi 12 orang
dikala hujung minggu, hanya 3 orang yang
boleh masak, termasuklah aku.
Dulu...untuk hidup dengan modal satu ringgit:
Roti canai 40 sen x 2 dan telur ayam 20 sen x1.
Pukulkan telur, rendamkan roti canai dan goreng
Dapat makan roti telur berdua.
Tengahari...beli nasi kosong di kedai mamak,
sepenuh² bungkusan dan kuah kari berlimpah
Nasi kosong berkuah kari kosong 50 sen x1
Telur ayam 20 sen x 1 digoreng di rumah sewa
Ikan gelama masin kecil 30 sen x 1 goreng sendiri
Malam...ikan sardin 1 tin besar 2.50 sen
Hulur duit sorang seringgit..boleh makan
4 orang.
Survived....
.
9 comments:
Hari ni sardin adalah makanan org kaya.
Sebab tu kena gst.
Eheh.
2.50.. bahagianya.
Cinta.
Betul!!! Dulu satu tin baru 2.20-2.80 ikut jenama....skrg dah dekat 6.00
kau hidup zaman bila tu sadin satu tin besar RM2.50? nasi kosong kuah kari mamak 50 sen?
aku rasa aku sezaman dgn kau, tak pun aku lagi tua kot...zaman aku student, nasi kosong dah RM1..paling murah 80 sen..
zaman aku student, aku tak masak...hahaha
hari2 makan kedai...
alhamdullilah, boleh survive
Daddyz
Sebaya??!!... Dah tentulah ko tu super junior aku dulu..kan? Hahaha...
Ya...sardin crown king tu dulu 2.20 je...yg cap ayam tu 2.75. Dan harga makanan masak berbeza ikut tempat masa tu sepinggan nasi cuma 50 sen je.
salam ramadhan, semoga ibadah diberkati., aminn ;p
Tiga lalat.
Salam kembali...aminn
masa zaman kolej dulu, nak tambah pendapatan.. kita org satu bilik pakat buat sandwich dan jual pada student yg belajar malam dkt studio. Masa tu jual apa pun laku.
air tebu dulu rm2 je sebungkus, skrg dh rm5...
hehehe.
SvS.
Wahh....dah berniaga dia.....
Rap.
Betul tu....padahal tebu tumbuh bukannya perlu berbaja bagainya...
Post a Comment